Transfer..

transfer-comic

“Transfer..” What we would call that in Malay…

“Perpindahan” atau “Penghijrahan” “, jawab diriku sendiri.

“Tepat sekali MAT”, kata diriku sendiri jugak.

Haha..cam masuk bakul angkat sendiri lak.

Actually, 2 minggu lepas, aku demam sekejap..ini membantutkan mood aku untuk beronline..termasuklah untuk berblogging ni..

La ni barula datang balik mood yang lumpuh sementara tu..

FUH… Nasib baik la sementara ek..kalo kekal, mesti rindu gile korang kat aku kan!! Apa? Tak?? Tak kisahla apa-apa pun jawapan korang, asalkan korang bahagia sudah huhu~ :P

Sejak akhir-akhir ni, banyak hal yang melibatkan perpindahan..

Dalam bulan depan, maybe aku kena transfer kat cawangan lain..mungkin ke Johor..

Sedih lak rasa nak kena tinggalkan bumi Melaka nih…

Baru ingat nak mulakan kehidupan baru kat sini..nampaknya tak jadik la.. haih…

Teringat pula kata member aku yang sorang nih..

“biasa la tu, selagi ko tak kawen lagi mudah org nak transferkan ko..”

Memang betul dah apa yang dia cakap tu..bab transfer ni, memanglah aku mangsa utama..sebab staf lain semua dah kahwin, dah ada family kat sini, aku sorang je belum. Tapi demi kerja, aku sanggup la transfer, tambahan pulak aku solo lagik..tak ada isteri dengan anak lagi, so tak terikat dengan sapa2.

Bab calon ni, dah ramai orang tanya kat aku, bila nak ada? Susahla nak jawab beb..lain orang lain situasi beb..jangan la plak banding situasi korang dengan situasi aku..tak sama beb..ditambah pulak dengan bab transfer yang tak dijangka ni, lagila mengkomplekskan keadaan..

Katakan aku ambik calon Melaka, susah jugak..Kalo amik calon Johorian pun susah gak..aku tak mahu la menyusahkan diorang..nanti nak kena transfer sana sini bila hidup bersama nanti..Lambat-laun, mungkin aku kena transfer ke cawangan Kemaman..balik ke kampung halaman, yay (^_^)..maybe kena cari calon Terengganu gak kot huhu..ada sapa2 berminat? call me okeh ;)

Ntah ape yang aku merapukan nih… apa-apa pun, hidup mesti diteruskan..Ini lah yang dinamakan “dugaan”!! Aku pasti 1001 hikmah terlindung di sebaliknya. Ku berserah pada-Mu Ya Allah! Bantulah hamba-Mu yang lemah dan tidak berdaya ini untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan ini. Wallahualam..

P/S: Korang perasan tak blog aku pun transfer gak!! Transfer ke kampung yang aman damai huhu~

Surprise!!

Pagi semalam, aku duk opis. Tetiba je ade orang mengetuk pintu.

Oh posmen rupanya. Nampak cam bungkusan. Sekali dia kata tu aku punya dan suruh sign. Tergezut aku!

Bila pulak aku beronline shopping ni? Dah lama rasanya tak buat macam tu..

 

OK, ni la rupa bungkusan tu:

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Pas buka.. Wah! Siap riben lagi tu..spesel nih..

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Tiga buah buku yang dihadiahkan…

P7150617 (Small)P7150620 (Small)P7150618 (Small) 

Alhamdulillah syukur sangat-sangat sebab mendapat hadiah dari seorang sahabat Facebook.

Walaupun baru kenal, tapi beliau melunaskan janjinya untuk menghadiahkan buku-buku tersebut.

Rasanya tak perlu mendedahkan identiti beliau. Yang penting, beliau seikhlas hati menghadiahkannya kepadaku. Beliau memang seorang sahabat yang baik.

TERIMA KASIH SEKALUNG PENGHARGAAN ku ucapkan kepada beliau. Semoga hidup beliau diberkati Allah hendaknya. Amin..

 

P/S: Nanti akan aku khatamkan dan mungkin buat review pasal isi kandungan buku-buku ni jika ada kesempatan. Insya Allah..

Harga Naik Datang Lagi!!

Apabila harga minyak naik, maka harga yang lain-lain akan turut naiklah!!

harga-naik

Skip all the craps..you can read them HERE:

Berita Harian Online

AHFAT Raja Copy Paste

 

Berikut adalah harga baru:

  • Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
  • Petrol RON 97 - Harga terapung (tanpa subsidi & ikut harga pasaran)
  • Diesel - RM1.75 seliter.
  • Gula - RM1.90  sekilogram
  • Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

  • Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
  • Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
  • Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

*Dipetik dari Berita Harian Online & AHFAT Raja Copy Paste

 

Harga makin naik ni, so pandai-pandailah korang budget ya..nak buat macam mana..haih (-_-). Patutla rasa cam nak cakap pasal budget semalam, rupanya harga nak naik… :P

 

P/S: Bayangkan perbelanjaan kita untuk Hari Raya tahun ni (o_o)…

Petua Cepat Kaya!!

uang

“HIdup mesti Budget!”

Begitulah slogan yang patut ada dalam kehidupan kita seharian. Walau sekaya mana pun kita, kita kenalah budget perbelanjaan kita. Kot nanti menyesal..duit hilang entah ke mana..tau-tau je dah habis. Rupa-rupanya banyak membazir tak tentu arah, beli barang yang tidaklah perlu sangat.

Setiap orang berbeza-beza cara merancang perbelanjaannya. Mungkin ada yang menggunakan buku nota khas untuk membuat perancangan. Dalam zaman siber ni, tidak kurang juga yang menggunakan perisian komputer seperti Excel dan sebagainya.

Persoalan utama yang bermain di fikiran kita semua mestilah berbunyi:

 

“Bagaimana hendak menguruskan budget?”

 

Jawapannya mungkin berbeza-beza bagi setiap orang. Mungkin ada yang telah ketemu jawapannya, kalau macam tu baguslah..Tapi bagi yang belum mampu menjawab persoalan tersebut, eloklah mendapatkan nasihat dari seseorang. Mungkin seorang rakan atau ahli keluarga terdekat dapat membantu, Bagi yang adventurous, boleh je tanya Encik Google kan? Nak lebih mantap lagi, kita serah pada yang pakar…pakar kewangan lah, jangan pakar kosmetik plak ye, tak pasal-pasal jadikan Mak Andam sebagai kerja part-time..hahaha..tapi OK jugak tu..boleh tambah pendapatan :P

 

O.K..Sekarang anda mungkin telah mendapat sedikit garis panduan daripada tunjukajar seseorang, tapi tiba-tiba muncul pula persoalan lain..

 

“How to record and keep track of my budget? I’m lost :((”

Sebenarnya, semua ini adalah subjektif. Terpulanglah kepada anda bagaimana hendak merekodkannya. Format dan susunan semuanya di tangan anda. Rasa lost jugak?? Anda memang bernasib baik kerana ada saja insan yang bermurah hati tolong buatkan format untuk anda. Mungkin banyak yang ada di alam siber tu, tapi yang ini memang ade kelas!!

Nama dia “My Budget Planner”

Kena install Excel baru boleh bukak mende alah nih..

Sneak preview below:

                        Easy to manage and edit :))

planner1 

                        Wow! Siap ada carta lagik tu!!

planner2

planner3planner4 Thanks to salimtm@gmail.com (aku pun tak kenal sapa) because sacrificing your time and energy for this wonderful planner :) Ada apa-apa masalah berkenaan planner ni, sila la emel Encik Salim tu.(ye ye je name dia Encik Salim :P)

Sapa-sapa yang berminat, boleh dapatkan di sini ya:

http://www.4shared.com/file/9BVtexpS/My_Budget_Planner.html

 

Akhir kata, berhemahlah ketika berbelanja. Semoga kita senantiasa diberkati Allah hendaknya. Wallahualam..

 

P/S: Kalau duit gaji anda tak cukup, apa anda buat? Pinjam kat Along kah?

Antara dua sahabat.."Prelude 3"

Disclaimer :

Watak dalam kisah ini adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah arwah. Jika ada persamaan yang disengajakan, pihak penulis akan memaklumkan terlebih dahulu. Kisah ini juga adalah hasil nukilan penulis sendiri. Jika anda merasakan ada penciplakan berlaku, sila maklumkan penulis dan sama-samalah kita berbincang supaya tindakan yg sewajarnya dapat dilakukan untuk kepentingan kita bersama.. Akhir kata, semoga para pembaca dapat menghayati kisah-kisah hasil nukilan penulis ini dengan sebaik yang mungkin. Selamat membaca dan semoga terhibur.

SEDUTAN EPISOD SEBELUMNYA:

PRELUDE - World Cup

PRELUDE 2 - Toyota Vios

 

PRELUDE 3 - Boom!

Boom

Boom!!!!  Kaboom!! Prakk!!

Bunyi petir menyambar dengan rakusnya sebatang pokok berhampiran,

Di kala saat antara hidup dan mati itu, Iwan sempat mengelak treler durjana itu. Fuhhh lega!!! Nasib baik lah ruang di tepi jalan itu telus sebuah kereta.

Lantas, Iwan memberhentikan kereta tersebut. Tercungap-cungap dirinya menahan kepenatan pertarungan jalanan tadi. Degupan jantungnya pula masih lagi deras terasa. Dap dup dap dup.. Debaran masih lagi belum lenyap dari jantungnya.

Fariz baru sahaja sedar dari lenanya lalu terpinga-pinga untuk mendapatkan kepastian.

Fariz: Apa dah jadi jap tadi? Aku tidur mati la, tak sedar langsung..

Iwan senyap. Tak terungkap sebarang kalimah dari mulutnya. Tak termampu mulutnya untuk berkata-kata, apatah lagi untuk menjawab sebarang pertanyaan.

Lama-kelamaan, Fariz faham akan situasi tersebut. Kalau tercungap-cungap seperti itu, sudah semestinya suatu yang buruk telah berlaku. DIa rasa bersyukur sangat-sangat sebab mereka selamat dan masih mampu menghirup udara segar pada malam yang sangat ‘bertuah’ itu.

Fariz: OK..Iwan, ko bertenang dulu ya..Tarik nafas dalam-dalam, pas tu hembus..Nanti bila dah releks, kita cakap ye..

Iwan hanya mampu mengangguk kepalanya..

Setelah agak lama menunggu, akhirnya Iwan dapat menenangkan dirinya dan menghuraikan apa yang telah berlaku.

Iwan: GIla ko!! Tadi ada treler panjang la, hampir-hampir nak langgar kita, tau tak? Ko plak membuta tak sedar diri, tinggal la aku sorang-sorang..Nasib baiklah jantung aku ni sihat walafiat lagi, kalo tak mau melayang nyawa aku, dan mungkin ko punya gak..

Fariz: Astaghfirulah..Iwan, bawak-bawak mengucaplah. Syukur la kita masih selamat. Ingat-ingatlah pada Tuhan jugak..

Iwan: Astaghfirullahalazim!! Syukur Alhamdulillah. Kita masih hidup lagi. Lega rasanya.

Fariz: OK. Kita pun tak de apa-apa nih. Jom balik sekarang..

Fariz bertukar tempat dengan Iwan lantas menghidupkan enjin Toyota Vios-nya dan bergegas pulang.

 

BERSAMBUNG…

Hakcipta Terpelihara® Matt 2010

 

P/S: Apakah hala tuju cerpen ini seterusnya? Adakah akan terus suspen camni atau ….…Tunggu je la sambungannya ye.. ;)

Spain Juara!! Thank You Spain for Argentina!!

spainwc2010

Tahniah Spain sebab jadik juara untuk World Cup 2010.  Terima kasih banyak-banyak sebab tak kasi can kat Germany masa semi final ari tu, Puas hatiku sebab kalahkan musuh Argentina tu. Syabas!! :))

 

P/S: Argentina akan jadik juara World Cup 4 tahun lagik..Argentina boleh!! hahaha..

Blueberry oh Blueberry..

Setelah berlegar sana-sini, akhirnya jumpa gak aku buah yang ku idam selama ini. Inilah dia Blueberry!! atau dalam bahasa kita, Beri Biru.P6280486 (Small)Rasanya macam mana? Macam pernah ku rasa tapi di mana ya? Tetiba saja aku teringat zaman sekolah rendah aku dulu..Mase tu aku Darjah 4. Aku pernah makan satu buah ni. Buah kemunting namanya.

kemunting

Selalu la aku petik buah tu. Sedap rasanya. Tak sangka blueberry ni pun rasa dia lebih kurang buah kemunting gak, cuma lembik sket je..Ke diorang dari keturunan yang sama? Entahlah…

 

P/S: Team biruku, Argentina menentang Germany malam ni. Tak sabar nak tengok perlawanan hebat nih!! Siapakah yang akan menang??

Reviewed by :

Photobucket
Related Posts with Thumbnails

I'm a translator!

About Me

My photo
a lonely 'cat' on a mystical adventure... wanna join me? add my YM: tidus_x81

Make urself comfortable, okay (^_^)


ShoutMix chat widget

My Mailbox..

Tetamu Aktif (^_^)

My Fanclub (^_^)

IPv4 Statistics

Blog-GempaQ