Salam muhibbah buat semua, terutamanya kepada pembaca setia blog ini khasnya. Rasanya, belum pernah lagi ada entri sejiwang ini dalam blog aku ni. Setelah ketandusan air laut ilham pada hari sebelumnya, akhirnya lahirlah suatu puisi yang aku tak pernah terfikir nak buat sebelum ni. Aku ni dulu aliran sains. Mane la reti sangat bab puisi nih, hehe..Puisi ini adalah hasil kerja tangan Matt yang original..Terimalah puisi yang tidak seberapa daripadaku, Matt Leopardus yang berjudul “Cintaku”. Hakcipta Terpelihara®

Cintaku…
Tatkala dikau berlabuh di persada lubuk hatiku
Ku rasakan dunia ini berbeza
Hari-hari berlalu tidak sepertimana sediakalanya
Membuatkan hidupku penuh tanda tanya
Cintaku…
Belum pernah lagi dalam hidupku
Ku rasakan cinta seikhlas begini
Bukan paras rupa yang ku pandang
Bukan kulit putih gebu yang ku idam
Bukan badan ramping yang ku inginkan
Cintaku…
Andai cinta kerana paras rupamu
Pabila senja, rupamu tidak menawan hatiku
Andai cinta kerana kulitmu
Pabila senja, kulitmu berkedut seribu
Andai cinta kerana badanmu
Pabila senja, badanmu bongkok jua
Cintaku…
Aku menyintaimu seadanya
Cintaku tulus ikhlas dan sejati
Bukan kerana nafsu semata-mata
CIntaku bukan untuk sehari dua
Cintaku untuk selamanya
Cintaku…
Cuma daku berharap
Agar dikau memahaminya kelak
Makna cinta sejati
Kerna daku mengerti
Cinta bukan kerana dipaksa
Cinta adalah kerelaan kedua-duanya
-MATT-
P/S: ke manakah halatuju ku selepas ini? mungkin ke pelabuhan menunggu kapal berlabuh atau belayar di lautan luas menuju destinasi yang aku sendiri belum pasti..