Showing posts with label Contests. Show all posts
Showing posts with label Contests. Show all posts

Mimpikah aku?? Tolong kejutkan!!

Sape-sape tolong kejut aku sekarang gak!! Tak pon kasi simbah aku dengan One Drop Perfume. Biar betul ni? Aku tak cayalah. Mimpi ke ni??

dare-to-dream

Aku try cubit aku punye pipi..Aduh!! Sakit!!..Cubit paha? sakit gak!! Dah sah le aku ni tak mimpi dan ade kat alam nyata. Siap leh tulis entri ni lagik hahaha!!

“Oit Matt, ape dah jadik ni?” tetibe je aku dengar ade soalan dari pengunjung blog ni. Korang ke yang tanya tu? Hehe..

Sebenarnya, tak ade apa-apa la. Aku cuma nak kongsi dengan korang berita gembira nih. Kalau dulu, aku la yang bagi hadiah kat diorang untuk contest ni.

Sekarang giliran aku plak yang dapat hadiah, hehe..

Sape la plak yang pemurah ni kasi aku jadik pemenang?

Bukannya apa..hari tu aku ada join contest ni,

JBC 1[4][4]

Come on la, aku buat contest ko pon caca marba jek, camne leh menang ni?huhu~ Apa-apa pun, thanks sekali lagi Cikgu Dahlia sebab bagi hadiah kat aku.

Kenapa sekali lagi?? Sebab dulu dia pernah bagi aku hadiah gak, sebab jadi pengomen tegar blog dia haha, bangganya aku!! Mari kita flashback hadiah tersebut kat SINI.. huhu..

Ape la agaknye hadiah kali ni?

WOW!!

ODPONE DROP PERFUME la!! Mantap gile hadiah!! kaler pe ko nak kasi aku dahlia? aku lebih suka oren dan biru, tapi kalo ko nak kasi kaler lain pon tak pe, I rela je hikhik…

Apa lagi, cepatla pos, dah tak sabar nak pakai le, aku nyer perfume dah nak kehabisan stok la hehe..

Akhir kata, aku happy hari ni n TQVM Dahlia (^_*)..I very appreciate that..buatla la contest lagik ye hahah..

 

-MATT-

 

P/S: aku rase nak buat signature utk blog ni..baru la ade klas gitu kan?

Warkah untuk Dahlia..Tak kenal maka tak cinta..

Dahlia, di bawah ini ade surat khusus untuk kamu. Sila baca..


Matt Leopardus,
Leopardus.blogspot.com,
World Wide Web.

Ke hadapan saudari Dahlia yang ku kenali,
       Masihkah kau ingat saat ku mula-mula mengenalimu. Ah..mungkin kau tidak mengendahkan ku waktu itu. Maka,ingin ku mengimbas kembali saat pertemuan sulung ku denganmu. Ku masih ingat tarikhnya tanggal 8 Januari 2010, tatkala ku termangu-mangu sendirian di Taman Maya, lalu terserempak dengan notis yang terpampang di papan kenyataan yang bertajuk “Wang Hantaran DaHLia”. Tika itu, ku tertanya-tanya siapakah Dahlia ini? Kahwin dengan siapa? Oh! Rupa-rupanya dia belum kahwin lagi la. Hanya sekadar ngomelan semata-mata. Haha terkena aku di situ!

Sejak dari hari itu, aku selalu bertandang ke rumahmu yang beralamat
Dahlia’s Journal @  blogspot 


Aku memang suka dengan layout rumahmu yang simple tapi menarik, terutamanya perhiasan ‘Hati Merah’ yang menambat hatiku ;)

 cceria[4]
Inilah gambar rumahmu suatu tika dulu, masihkah kau ingat?
              
Aku disambut mesra olehmu. Agak ramai juga yang menziarahimu. Aku kagum dengan kemesraanmu melayan segala kerenah tetamu mu. Aku juga tidak terkecuali. Sejak dari itulah aku mula bertukar-tukar pendapat denganmu. Pada mulanya, hanya aku ke rumahmu. Lama-kelamaan, timbul minatmu untuk bertandang ke rumahku. Masih ingatkah kau, pada 16 Februari 2010, barulah kita berbual-bual di dalam rumahku membincangkan hal “How to make your Firefox browser cute & beautiful”. Ingat tak dulu rumahku warna HITAM, lepas tu PEACH, pas tu PINKY sampai sekarang. Aku rasa ia terlalu cute untuk seorang jejaka. Nanti aku cat lain pulak ya ;)

Ya aku masih ingat dilema mu, nak pilih Abang biru ke atau Abang Hijau sebagai pasangan hidupmu. Tapi akhirnya kau madukan mereka. Tapi 2 minggu je dapat bertahan dengan Abang Hijau. Nak rujuk balik pon makan masa 3 bulan pulak tu. Sabar je la eh!

Pada suatu hari, aku terkejut kerana rumahmu telah bertukar wajah. Perhiasan ‘Hati Merah’ yang ku suka itu telah tiada. Oh tidak!! Mengapa kau cat baru? Aku lebih suka cat yang lama tu :|  Harap lain kali kau cat lain plak eh! Mesti lagi lawa dari cat yang lama tu! Dan kembalikan ‘Hati Merah’  tu. Aku dah rindu sama dia!

Setelah sekian lama, kita berhubungan pula dengan telefon YM. Aku dah lama ada telefon tu, tapi kau baru je mendapatkannya pada 25 Mac 2010. No itu masih terbayang-bayang dalam fikiranku. 012-dahliajournal@YM.

Sebenarnya, banyak lagi yang ingin ku katakan, tapi apakan daya tanganku sudah keletihan menaip, ditambah dengan perutku yang lapar nih. Semoga jumpa di lain kali. Aku harap hubungan kita berterusan macam ni. Friends Forever, O.K!!

Yang mengenalimu,
M A T T  L E O P A R D U S

P/S: Surat ni aku taip sebab join contest <Contest JBC>“Tak Kenal DaHLia Maka Tak Cinta Versi ….” Jom le join ramai2 ;)
JBC 1[4]

*****

RESULTS CONTEST CUTI-CUTI MALAYSIA

Saat yang ditunggu-tunggu telah tiba!!! Terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi menyertai CONTEST CUTI-CUTI MALAYSIA. Akhirnya, dengan sukacitanya, aku nak umumkan resultsnya. Contest ni diadili oleh 3 orang juri iaitu MATT (aku le tu), DAHLIA & seorang lagi yang mahu identitinya dirahsiakan..Terima kasih juga kepada juri-juri :)
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN, pemenangnya adalah….
<BUNYI DRUM….>
contest copyNampak ke tak gambar di atas? OK takpe aku tulis semula.
PEMENANG PERTAMA: Starsyeaa
PEMENANG KEDUA: AnWaRnAiM
PEMENANG KETIGA: Khairi a.k.a Xarine
Tahniah kepada mereka!! Kepada mereka yang tidak menang, terima kasih sebab join, mungkin boleh cuba lain kali. Markah tak perlu diumumkan kot. Semuanya sengit-sengit belaka :)
Kepada para pemenang, sila emailkan NAMA, ALAMAT dan NO TELEFON kepada leopardus9999@gmail.com supaya kita boleh berbincang cara penghantaran hadiah-hadiah korang.
Hadiah-hadiah akan dihantarkan pada masa yang aku rasa sesuai. Mungkin cepat, mungkin lambat. Apa-apa pun, aku akan maklumkan korang info sebelum penghantaran dibuat.
OK, terima kasih sekali lagi..Sayang korang ^_^

*****

CONTEST LAGIK!! HADIAH LAGI GEMPAK!!

Salam kepada anda semua yang menyayangi Encik Matt Leopardus ni…^_^

Firstly, i would like to express my gratitude to all of you because supporting me all of this time. I am very touched by every visit u pay me here..(dah lama tak speaking siut ^_^) So, hari ni,aku nak umumkan kat korang berita gembira nih..contest datang lagik! tapi hadiah kali ni lebih besar. Apa yang besar tu? Sebuah kereta?? WOW!!

Tak de lah sebesar tu..laptop jer..ok per maa..tapi bukan aku nyer contest daa.. Encik Denaihati punya! Thanks kepada beliau sebab sudi mengsponsor contest yang paling gempak di alam bloggers nih, bertajuk “HIDUP UNTUK MEMBERI”. Contest ni aku dapat tahu daripada CIK DAHLIA, blogger yang klas gitu, ahaks! Laptop jenis ape yang encik nak bagi ni?? Acer Aspire One le, laptop yang kiut-miut gitu. Aku dah penah review laptop ni, sila baca SINI dan SINI..

Kat bawah ni gambar laptop tersebut sponsored by pakcik gogel:

 10-inch_acer_aspire_one-480x323

Apa yang korang perlu buat? Cuma tiga perkara sahaja iaitu:

1. Daftar untuk menjadi peserta dengan membuat entri bebas tentang contest dan tinggalkan komen penyertaan diruang komen, link penyertaan di CommentLuv dan jangan lupa masukkan ayat saya tahu contest “Hidup Untuk Memberi“ dari blog : contoh saya tahu contest “Hidup Untuk Memberi” dari blog http://leoparduslynx.blogspot.com

2. Follow @ http://twitter.com/denaihati

3. Follow @ http://facebook.com/denaihati

Kepada BLOG yang rajin mempromosi contest “DENAIHATI” akan mendapat hadiah RM20 untuk setiap referral. Lebih banyak referral maka lebih gempak hadiahnya. Kalau 50 orang jadi referal, tak ke dah RM1000, lumayan beb!!

Tarikh Tutup

Pada jam 11.59 pm, 31/12/2010

Jom join sementara stok masih ada haha…bila lagi nak naikkan trafik blog korang kan? Satu lagi, dengan baik hatinya Encik Denaihati akan masukkan peserta contest ni dalam blogroll dia supaya dapat berkongsi status pagerank PR4 yang mantap tuh (aku PR2 je :|)

KLIK SINI UNTUK JOIN SEKARANG

*pastikan MATT LEOPARDUS sebagai referral anda ya!*

 

p/s: Result Contest Cuti-Cuti Malaysia akan diumumkan tidak lama lagi!!!

[CONTEST] Contest Baik Punya - Pengalaman 'cuti-cuti Malaysia' korang yang paling...


Hello gang, buat julung-julung kalinya, aku rase cam nak wat contest je. Bukan ape, kasi meriah la sket. Takkan nak baca blog je, kenala ade something yg fun kan! Tak gitu geng?
Peraduan kali ni simple jek. Skarang ni kan musim cuti sekolah kan!! Takkan korang terperuk dalam rumah je. Tak pegi jalan mana-mana ke? Kalo korang tak cuti pon, mesti ade pergi bersiar-siar kat mana-mana kan? Sambil menulis blog, sambil-sambillah join contest nih!! Daripada tak dapat apa-apa kan!!

CONTEST anyone???

ultra-kawaii-contest

Hi, first of all, I would like to thank all of you because visiting my blog. Therefore, to express my gratitude to all of you, I’m thinking to do a contest once in a while. For now, just an unformal & simple contest will do. The prize maybe not very expensive but hopefully very useful and memorable. So stay tune with this blog and always visit regularly to see if there is any contest around.

 

Regards,

Matt Leopardus ^_^

Reviewed by :

Photobucket
Related Posts with Thumbnails

I'm a translator!

About Me

My photo
a lonely 'cat' on a mystical adventure... wanna join me? add my YM: tidus_x81

Make urself comfortable, okay (^_^)


ShoutMix chat widget

My Mailbox..

Tetamu Aktif (^_^)

My Fanclub (^_^)

IPv4 Statistics

Blog-GempaQ