Antara dua sahabat.."Prelude 2"

Disclaimer :

Watak dalam kisah ini adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah arwah. Jika ada persamaan yang disengajakan, pihak penulis akan memaklumkan terlebih dahulu. Kisah ini juga adalah hasil nukilan penulis sendiri. Jika anda merasakan ada penciplakan berlaku, sila maklumkan penulis dan sama-samalah kita berbincang supaya tindakan yg sewajarnya dapat dilakukan untuk kepentingan kita bersama.. Akhir kata, semoga para pembaca dapat menghayati kisah-kisah hasil nukilan penulis ini dengan sebaik yang mungkin. Selamat membaca dan semoga terhibur.

 

SEDUTAN EPISOD SEBELUMNYA:

PRELUDE - World Cup

 

PRELUDE 2 - Toyota Vios

Tatkala tengah malam buta begini, mata Fariz mula diselubungi keberatan yang teramat. Lalu, dia memberhentikan kereta di tepi jalan yang kesunyian itu.

Fariz: Iwan, ko drive aa..aku ngantuk gile sangat-sangat nih, tak tertahan aku.

Iwan: Orait, aku sanggup je. Kereta power cam ko punye ni sapelah yang tak mau drive kan? Haih..bila la agaknya aku nak ade kereta sendiri ni?

Fariz: Pandai ko mengampu aku ek! Setakat Toyota Vios mane la nak power sangat.  Ko ni macamla tak leh beli satu. Duit ade tapi tau simpan, simpan dan simpan. Macam-macam la alasan ko. Dah jangan banyak cakap. Pergi bawak sekarang!!

trd-vios-sports

Iwan: Aik, bengang nampak! Ko nyer Vios luarbiasa sket. Pasal tu la power! Ahaks..

Fariz: Ye la, aku nak tido jap ni. Sampai karang kejut aku tau! Jangan tinggal aku sorang-sorang lak dalam kereta ni. Takut ooo..

Iwan: Hahaha tak habis-habis dengan perangai penakut ko tu.

Dalam beberapa detik sahaja, Fariz hanyut dibuai mimpi yang hanya dia sendiri yang tahu.

Iwan: Riz..Riz..Cepat benar ko lelap ye..

Dengan kelajuan purata 160km/j, Iwan memandu kereta itu dengan semangat yang meluap-luap. Kereta sports la katakan…

Radio Hitz.FM menjadi pilihan Iwan malam ini untuk menghilangkan kebosanan..

Perjalanan dari rumah mereka ke kedai Mek Siam mengambil masa lebih kurang 10 minit. Entah kenapa mereka gemar ke kedai tersebut walaupun agak jauh. Barangkali hidangan di sana menepati citarasa mereka yang eksotik itu, sukakan masakan pedas yang mencabar kekebalan lidah dan telinga masing-masing.

Tiba-tiba, dalam keasyikan Iwan melayan lagu Gabrielle - Sunshine yang sedang berkumandang, suatu cahaya yang menyakitkan menerjah ke dalam iris mata Iwan.

Iwan: Aduh sakitnya mataku!! Kereta mana pulak ni yang pasang spot light ni. SIlau gile ah!!

Dengan tidak semena-mena, sebuah treler panjang datang dengan teramat pantasnya dari arah bertentangan, cuba untuk memintas kereta yang menganggu penglihatan Iwan sebentar tadi.

Iwan: Ah!! Tidak!!! Allahu Akbar!!

Jerit Iwan sekuat-kuat hati. Fariz masih lagi nyenyak di kerusi sebelah. Cemas bukan kepalang jadinya.

Mereka menghadap antara satu sama lain, bagaikan Encik Gajah dan Sang Kancil!

Jarak antara mereka hanya muat-muat sebuah kereta sahaja!!

“PON PON!!!!”

Kedengaran hon treler yang membingitkan gegendang telinga Iwan…

 

BERSAMBUNG…

Hakcipta Terpelihara® Matt 2010

 

P/S: Apakah nasib mereka selepas ini? Nantikan sambungannya yang pastinya mendebarkan..

 

SAMBUNGANNYA DI SINI:

PRELUDE 3 - Boom!

 

10 loyar baik..:

Tirana said...

Adoi Matt..saja nak buat suspen. Cepat sambung...

Matt said...

kak, prelude ni tinggal sket je lg, tak lama lg akan ke main story, Insya Allah hehe :)

Alyssa Villamor said...

huhu awat sikit2 jek..
tak puas r..kne menanti2 lagik..huhu

Matt said...

lyssa, takpe.ni baru prelude, kalo main story nnt pjglah dia :)

Meooo Comicore Club said...

cite apakah?

oh nak kena bace yg mula2 kah?

huhuhuhu...

idup matt si kucing itam!!!

Matt said...

hi meo :)
kalo nak lg best, kena baca dr mula lah..
citer ni masih pjg lg, nantikan sambungannya yg dramatik nnt k ;)

HaiDa HiDa said...

maaf matt saya bru berkesempatan membacanya.. best2..

Matt said...

hida..terima kasih kerana sudi menonton, nantikan sekuelnya tak lama lagi :)

Unknown said...

haha nie penulis cerita nie...ak tau pe jadi die sedar dri mmpi...ngeh3....

Matt said...

kerol, ramalan ko tak setepat sotong paul..ngeh3 :P

Reviewed by :

Photobucket
Related Posts with Thumbnails

I'm a translator!

About Me

My photo
a lonely 'cat' on a mystical adventure... wanna join me? add my YM: tidus_x81

Make urself comfortable, okay (^_^)


ShoutMix chat widget

My Mailbox..

Tetamu Aktif (^_^)

My Fanclub (^_^)

IPv4 Statistics

Blog-GempaQ