Puisi buat Ayahanda

like-father-like-son

Ayahanda,

Anakanda masih ingat lagi,

Betapa jenuh peritnya sekali,

Ayahanda meredah onak duri,

Demi mencari sesuap nasi,

Untuk keluarga tercinta ini.

 

Ayahanda,

Di kala anakanda kelaparan,

Ayahanda berusaha mendapatkan anakanda makanan,

Supaya anakanda tidak kebuluran.

Di kala anakanda kebosanan,

Ayahanda membawa anakanda berjalan-jalan,

Kekadang sampai ke lewat malam.

Di kala anakanda kenakalan,

Ayahanda mencapai sebatang rotan,

Untuk menghukum kesilapan anakanda lakukan.

 

Ayahanda,

Sudah sampai masanya untuk ayahanda berehat,

Berehatlah sepuas-puasnya yang teramat,

Biarlah anakanda pula yang memerah keringat,

Membanting tulang empat kerat,

 

Ayahanda,

Tidak lama lagi anakanda bakal berumahtangga,

Anakanda pula yang bakal bergelar bapa,

Ayahanda bakal menimang cucunda,

Semoga ayahanda gembira hendaknya.

 

Ayahanda,

Anakanda memohon maaf ,

Andai ada sebarang khilaf,

Moga anakanda menjadi insaf.

 

SELAMAT HARI BAPA,

Ayahandaku yang tercinta..

 

P/S: Puisi ini hasil nukilan Matt sendiri, tidak diciplak dari mana-mana sumber. Jika ada, hanyalah kebetulan semata-mata..Sayangilah bapa kita. Bagi yang sudah arwah, sedekahkanlah Al-Fatihah dan doakanlah kesejahteraannya. Amin ya rabbal alamin..

9 loyar baik..:

Lala Lulu said...

saya sayang ayah saya !

Tirana said...

Menantu dan cucu mungkin hadiah yang paling menyeronokkan hati ayah...hehehe..jangan bertangguh ye Matt.

Selamat hari bapa untuk ayahanda Matt.

ejum said...

Puisi yang baik..good lar :)harap ayat mat sehat sentiasa

Cik kEChiks said...

betul matt,,jgn bertangguh..heheh nice~

reen_sofee said...

sedih!
sedih!
sedih!

mook said...

hahahaha~ gile kentang sudah maju... ea?

Matt said...

lala, saya pun sayang ayah saya :)

kak tirana, alangkah baiknya jika mat dpt beri hadiah2 tu secepat mungkin hehe..

ejum,harap2 begitulah.:)

CK, kalo boleh skrg gak..tp keadaan x mengizinkan heheh..

reen_sofee, sedey sgt ke puisi aku nih..huhu~

zyra, boleh thn gak aku nih ek hahaha..

Khairi said...

aheemmm... anakanda bakal berumahtangga yaaaa...

patut la buka blog ni ada bau nasi minyak huhuuh

Matt said...

sorila kery, aku tak dapat mengagak tarikh sebenar majlis aku tu, dont wori aku jemput ko nyer la, takkan lupa haha..

Reviewed by :

Photobucket
Related Posts with Thumbnails

I'm a translator!

About Me

My photo
a lonely 'cat' on a mystical adventure... wanna join me? add my YM: tidus_x81

Make urself comfortable, okay (^_^)


ShoutMix chat widget

My Mailbox..

Tetamu Aktif (^_^)

My Fanclub (^_^)

IPv4 Statistics

Blog-GempaQ