Argentina dan Germany mara!! Malam yang penuh kontroversi!!

tevezpodolskiHi semua, terutamanya peminat-peminat bola di luar sana!! Perlawanan pusingan kedua World Cup semalam memanglah amat menarik sekali. Kesemua pasukan yang bermain tip-top belaka. Siapa yang tak kenal dengan Argentina, Germany, England dan Mexico. Berikut ialah keputusan perlawanan-perlawanan tersebut:

GERMANY VS ENGLAND : 4-1

ARGENTINA VS MEXICO  : 3-1

Antara kontroversi-kontroversi yang tercetus pada perlawanan tersebut:

 

1) GOL cantik Lampard dinafikan..

 

Memang ternyata cubaan jarak jauh Lampard tersangatlah cantiknya. Bola terkena palang atas, kemudian terjunam ke bawah. Tapi mungkin bola itu terlalu laju agaknya, penjaga garisan membuat keputusan ia tidak masuk. Kalau tengok ulang tayang, memang sah gol bola tu. Sungguh malang buat England..

 

2) GOL Tevez yang ternyata Offside..

 

Bukan sikit-sikit offsidenya, jauh gile plak tuh..tapi aku rasa mungkin Tevez  pecut laju sangat macam Usain Bolt kot, jadi ref dgn linesman tak perasan semua tu hahaha..

 

Gol tunggal England & Mexico pun cantik juga. Banyak juga cubaan ganas mereka tapi tak masuk pula. Tapi apakan daya nasib mereka agak malang. Biasalah adat pertandingan, ada yang menang, ada yang kalah..

Apa-apa pun, tahniah kepada Argentina dan Germany sebab menang dan mara ke peringkat suku akhir yang pastinya sengit dan mendebarkan. Tak sabar rasanya nak tengok..Harap-harap le aku tak de hal time tuh..

 

P/S: Baru perasan cerita bersiri “Antara Dua Sahabat” dah lama aku tak update. Takpe, nanti adela updatenya. Layan World Cup la dulu..hehe..

Jepun dan bola ajaibnya

japanwin

Hi semua, korang ada tengok tak match semalam? Japan vs Denmark. Menakjubkan betul..best tengok. Jepun Dengan semangat baru blues, diorang main sungguh-sungguh bagai nak rak. Denmark pon apa kurangnya dengan sekali-sekala cubaan yang mencemaskan.

Aku kagum betul la dengan free kick Keisuke Honda dan Yasuhito Endo. Memang lawa gile dan menakjubkan. Sorensen yang agak hebat tu pun tewas dengan diorang.

Sama-samalah kita saksikan kehebatan mereka..

 

Cuba tengok video di atas,, keeper Jepun Seigo Narazaki berjaya menepis sepakan penalti Tommason. Cayalah..Bukan senang nak save penalti. Tapi akhirnya mamat denmark tu berjaya sumbat gak..isk!!

Gol ketiga jepun juga tak kurang hebatnya, hasil hantaran cantik Keisuke Honda yang mengelirukan, dan Shinji Okazaki dengan penyudahnya yang bersahaja.

Ada lagi satu free kick jepun, lawa jugak, tapi agak malang sebab Sorensen dah terlucut tapi kena palang plak..aiseh!!

OK, walaupun aku sokong Argentina tapi match semalam membuatkan aku nak sokong Jepun jugak sebagai team kedua aku! Mentang-mentangla Jepun nyer jersi color biru, biru kan color feberet aku hahaha..

Ikke-ikke Nippon!! Gambatte kudasai ne!! You are the pride of Asia!!

 

P/S: Terasa seperti menonton anime Ganbarre Kickers plak smalam.hehe..

Karnival oh Karnival..

pulun Malam ni aku ke Karnival Penjimatan Pulun Sakan..Cam gempak je ek nama dia, tapi cam karnival yang lain la, ade gerai-gerai jualan dan juga persembahan sikit-sikit. Aku tak beli apa pun. Sekadar jenguk-jenguk je. Sekali ade makan free lak, apa lagi bedal lah hehe..

P6220424 (Small)

Aku taklah sehensem player-player Argentina tu tapi bolehla huhu..yang penting aku dapat makan pree malam ni :))

 

Eh ada persembahan dikir barat pulak malam ni, ape lagi layankan je lah..

Lain lagu, lain pulak Tukang Karutnya..dengan cara persembahan yang berbeza-beza…

P6220425 (Small)

 

P6220427 (Small) P6220426 (Small)

Bro yang pakai headband tu memang best, dia karut pasal perang, abih semua perang diungkitnya, memang best sangat-sangat sebab ayat-ayat dia puitis dan tersusun rapi..walaupun dalam loghat kelate..rasa rugi lak tak rekod videonya isk..

 

Gambar-gambar lain yang sempat dirakam:

 

P6220409 (Small) Pulun Sakan noo..pulun jgn tak pulun..tapi aku satu habuk pon tak pulun huhu..

P6220430 (Small)

Hati berbunga-bunga..eh meja la yang berbunga-bunga..

 

P6220431 (Small)

“Haa..amik gambar RM2 yek” kata akak penjual poster nih.

“Tak aci la kak camtu, baik saya beli terus je, brape ringgit ni?” aku tanya dia.

“RM10” jawab dia ringkas.

“Kalo camtu saya amik gambar je la tapi tak nak bayar haha” jawab aku berseloroh.

 

P6220436 (Small) Motor pon ade jual gak ke? Entah laku ke tidak haha..

 

Banyak lagi gambar lain tapi tak berapa menarik kot. OK tu je untuk kali ni, sekian..

 

P/S: Sekali-sekala tiada P/S ape salahnya kan? hahaha..

Puisi buat Ayahanda

like-father-like-son

Ayahanda,

Anakanda masih ingat lagi,

Betapa jenuh peritnya sekali,

Ayahanda meredah onak duri,

Demi mencari sesuap nasi,

Untuk keluarga tercinta ini.

 

Ayahanda,

Di kala anakanda kelaparan,

Ayahanda berusaha mendapatkan anakanda makanan,

Supaya anakanda tidak kebuluran.

Di kala anakanda kebosanan,

Ayahanda membawa anakanda berjalan-jalan,

Kekadang sampai ke lewat malam.

Di kala anakanda kenakalan,

Ayahanda mencapai sebatang rotan,

Untuk menghukum kesilapan anakanda lakukan.

 

Ayahanda,

Sudah sampai masanya untuk ayahanda berehat,

Berehatlah sepuas-puasnya yang teramat,

Biarlah anakanda pula yang memerah keringat,

Membanting tulang empat kerat,

 

Ayahanda,

Tidak lama lagi anakanda bakal berumahtangga,

Anakanda pula yang bakal bergelar bapa,

Ayahanda bakal menimang cucunda,

Semoga ayahanda gembira hendaknya.

 

Ayahanda,

Anakanda memohon maaf ,

Andai ada sebarang khilaf,

Moga anakanda menjadi insaf.

 

SELAMAT HARI BAPA,

Ayahandaku yang tercinta..

 

P/S: Puisi ini hasil nukilan Matt sendiri, tidak diciplak dari mana-mana sumber. Jika ada, hanyalah kebetulan semata-mata..Sayangilah bapa kita. Bagi yang sudah arwah, sedekahkanlah Al-Fatihah dan doakanlah kesejahteraannya. Amin ya rabbal alamin..

Antara dua sahabat.."Prelude 2"

Disclaimer :

Watak dalam kisah ini adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah arwah. Jika ada persamaan yang disengajakan, pihak penulis akan memaklumkan terlebih dahulu. Kisah ini juga adalah hasil nukilan penulis sendiri. Jika anda merasakan ada penciplakan berlaku, sila maklumkan penulis dan sama-samalah kita berbincang supaya tindakan yg sewajarnya dapat dilakukan untuk kepentingan kita bersama.. Akhir kata, semoga para pembaca dapat menghayati kisah-kisah hasil nukilan penulis ini dengan sebaik yang mungkin. Selamat membaca dan semoga terhibur.

 

SEDUTAN EPISOD SEBELUMNYA:

PRELUDE - World Cup

 

PRELUDE 2 - Toyota Vios

Tatkala tengah malam buta begini, mata Fariz mula diselubungi keberatan yang teramat. Lalu, dia memberhentikan kereta di tepi jalan yang kesunyian itu.

Fariz: Iwan, ko drive aa..aku ngantuk gile sangat-sangat nih, tak tertahan aku.

Iwan: Orait, aku sanggup je. Kereta power cam ko punye ni sapelah yang tak mau drive kan? Haih..bila la agaknya aku nak ade kereta sendiri ni?

Fariz: Pandai ko mengampu aku ek! Setakat Toyota Vios mane la nak power sangat.  Ko ni macamla tak leh beli satu. Duit ade tapi tau simpan, simpan dan simpan. Macam-macam la alasan ko. Dah jangan banyak cakap. Pergi bawak sekarang!!

trd-vios-sports

Iwan: Aik, bengang nampak! Ko nyer Vios luarbiasa sket. Pasal tu la power! Ahaks..

Fariz: Ye la, aku nak tido jap ni. Sampai karang kejut aku tau! Jangan tinggal aku sorang-sorang lak dalam kereta ni. Takut ooo..

Iwan: Hahaha tak habis-habis dengan perangai penakut ko tu.

Dalam beberapa detik sahaja, Fariz hanyut dibuai mimpi yang hanya dia sendiri yang tahu.

Iwan: Riz..Riz..Cepat benar ko lelap ye..

Dengan kelajuan purata 160km/j, Iwan memandu kereta itu dengan semangat yang meluap-luap. Kereta sports la katakan…

Radio Hitz.FM menjadi pilihan Iwan malam ini untuk menghilangkan kebosanan..

Perjalanan dari rumah mereka ke kedai Mek Siam mengambil masa lebih kurang 10 minit. Entah kenapa mereka gemar ke kedai tersebut walaupun agak jauh. Barangkali hidangan di sana menepati citarasa mereka yang eksotik itu, sukakan masakan pedas yang mencabar kekebalan lidah dan telinga masing-masing.

Tiba-tiba, dalam keasyikan Iwan melayan lagu Gabrielle - Sunshine yang sedang berkumandang, suatu cahaya yang menyakitkan menerjah ke dalam iris mata Iwan.

Iwan: Aduh sakitnya mataku!! Kereta mana pulak ni yang pasang spot light ni. SIlau gile ah!!

Dengan tidak semena-mena, sebuah treler panjang datang dengan teramat pantasnya dari arah bertentangan, cuba untuk memintas kereta yang menganggu penglihatan Iwan sebentar tadi.

Iwan: Ah!! Tidak!!! Allahu Akbar!!

Jerit Iwan sekuat-kuat hati. Fariz masih lagi nyenyak di kerusi sebelah. Cemas bukan kepalang jadinya.

Mereka menghadap antara satu sama lain, bagaikan Encik Gajah dan Sang Kancil!

Jarak antara mereka hanya muat-muat sebuah kereta sahaja!!

“PON PON!!!!”

Kedengaran hon treler yang membingitkan gegendang telinga Iwan…

 

BERSAMBUNG…

Hakcipta Terpelihara® Matt 2010

 

P/S: Apakah nasib mereka selepas ini? Nantikan sambungannya yang pastinya mendebarkan..

 

SAMBUNGANNYA DI SINI:

PRELUDE 3 - Boom!

 

World Cup, Argentina, Higuain & Hattrick..

Hi semua!!

Semalam aku menyaksikan perlawanan Argentina VS South Korea di kedai makan berhampiran. Gembira bukan kepalang bila tgk team favorite menang besar.

4-1 tu..

Ada can nak gi final nampaknya..Go go Argentina!! Cayalah Maradona selaku jurulatih..What more do you expect from a legendary player who coach his national team, right?

Tapi aku tak puas hati sebab setakat ni Messi belum menjaringkan sebarang gol. Alih-alih ade plak orang lain yang jadik hero. SIap Hattrick lagi tuh!! Memperkenalkan hero baru Argentina:

Gonzalo Higuain

Gonzalo-Higuain1_2466850

Dalam gambar tu, beliau di tengah sekali.

Apa-apa pun, tahniahla Argentina sebab menang besar dalam perlawanan tempoh hari. Harap berterusan macam ni la ya!!

 

P/S: Spain kalah dengan Switzerland, Germany pulak kalah dengan Serbia. Camne ni weh?

Wawwi..Suatu fenomena baru…

Salam semua. Bagi para bloggers, blogwalking adalah perkara biasa. Selama ni, kita blogwalking menggunakan shoutbox , cbox atau kotak-kotak chat yang lain. Takpun memberi komen di commentbox, disqus atau intensedebate.

Tapi kini, muncul pula teknik baru,

wawwi 

WAWWI namanya!!

di mana kita boleh kumpul points, pastu points tu plak boleh ditukarkan dengan wang tunai. So, tak de lah sia-sia kita punya blogwalking kan?

Aku pun masih kurang jelas akan penggunaannya. Tapi, yang aku paham, kita kena blogwalking melalui Widget Wawwi yang akan dipasang dalam blog kita. Pastu, kita kena klik toolbar Wawwi kat setiap atas blog yang kita lawat untuk mendapatkan points tersebut,

Untuk maklumat lanjut, bolehla refer pada rakan bloggers ku ni yang sememangnya  dah ade buat review pasal Wawwi ni.

Tips: Wawwi Matrix untuk menjelajah blog dengan mudah.
Info Terkini Wawwi Matrix Blogwalking Marketing

Apa ditunggu lagi geng..Jom Wawwi!!

 

P/S: Siaran tertunda “Antara dua sahabat..” akan disiarkan pada waktu yang akan ditetapkan kelak. Nantikan kemunculannya…Sudah disiarkan..Sila baca di SINI..Terima kasih :)

Antara dua sahabat.."Prelude"

Disclaimer :

Watak dalam kisah ini adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah arwah. Jika ada persamaan yang disengajakan, pihak penulis akan memaklumkan terlebih dahulu. Kisah ini juga adalah hasil nukilan penulis sendiri. Jika anda merasakan ada penciplakan berlaku, sila maklumkan penulis dan sama-samalah kita berbincang supaya tindakan yg sewajarnya dapat dilakukan untuk kepentingan kita bersama.. Akhir kata, semoga para pembaca dapat menghayati kisah-kisah hasil nukilan penulis ini dengan sebaik yang mungkin. Selamat membaca dan semoga terhibur.

PRELUDE - WORLD CUP

Dalam keheningan malam, kelihatan segerombolan manusia berpusu-pusu ke kedai makan Mek Siam di atas tebing tinggi di birai jalan sana. Masing-masing kelihatan sepertinya tertumpu pada suatu skrin yang agak besar. Dua sahabat, Iwan dan Fariz tidak terlepas daripada kegilaan terbaru ini.

Iwan: “Eh Riz, ramai tul yg makan kat kedai ni mlm ni..”

kata Iwan setelah menghabiskan Nasi Goreng Kampung dan Teh O Gelasnya.

Fariz: Huk ala, memang la, ni kan musim World Cup, lebih-lebih lagi malam ni Portugal lawan Ivory Coast..dah sah-sah ramai peminat punye. Ko macam tak tau Ronaldo dengan Drogba main malam ni. Ko kan peminat Chelsea kan? Mesti sokong Ivory Coast punya kan kan?

Iwan: Saya mesti pilih..hahaha..memangla RIz, peminat Chelsea cam aku ni kenala sokong Drogba, so kena sokongla negara dia gak le.

Fariz: Macamla si Drogba tu ingat kat ko hahaha..

Iwan: Adeh..apasal ko cakap macam tu? Teringat sesuatu pulak..

Fariz: Sori la weh, aku salah cakap ke apa nih?

Iwan: Takpe..abaikan. Ko tak buat silap apa pun. Aku je yang ngada-ngada ahahaha..

Fariz: Ah ko ni ada-ada ajelah.

Iwan: Hahaha..hanya daku yang ngerti..

Fariz: Uh..malasla aku nak ngerti ko ni, layan bola lagi bagus daa..oit bola dah nak start! fokuskan mata anda pada skrin..

Iwan: Yelah nak tengok ah ni..

Maka, perlawanan yang mereka nanti-nantikan telahpun bermula. Namun hampa sekali, perlawanan itu tidaklah sehebat yang disangka.

Fariz: Biar betul diorang ni, main cam budak kampung je. Kalau camni, aku lagi terer main..

Iwan: Hahaha..cam Piala Malaysia lak aku tengok..baik tak yah buat World Cup cam ni, Kampung Cup sudah hahaha..

Fariz: Bosan tul..aku rasa baik kita balik awal camni..

Iwan: RIleksla Riz! dah alang-kepalang kita kat sini, tengokla sampai abih..Err..balik nanti aku ade nak cerita something kat ko..

Fariz: Oh ko ade cerita terkini ke? Bagus gak tu leh buat Bedtime Story, untuk aku yang cam kelawar nih hahaha..

Iwan: Iyolah tu ahahaha..

Mereka pun bersengkang mata hingga ke akhir perlawanan. Perlawanan yang hambar itu berakhir dengan seri 0 - 0.

Setelah itu, mereka pulang ke rumah.

 

BERSAMBUNG…

Hakcipta Terpelihara® Matt 2010

 wc2010-logo

P/S: Watak di atas tiada kaitan dengan yang hidup atau yang sudah arwah. Tapi perlawanan World Cup tu ade kaitan hahaha..

 

SAMBUNGAN DI SINI:

PRELUDE 2 - Toyota Vios

PRELUDE 3 - Boom!

 

 

Update terbaik selepas ini..

OK..Aku dah lama tak update blog..

Nak update ape lah agaknya..

Dalam fikiran aku, ade macam-macam pilihan..macam-macam ada!!

 

Maybe aku buat cerpen..

 

ATAU

 

review citer yang penah aku tengok..

 

ATAU

 

ulasan World CUP.. hahaha..mentang-mentang la musim world cup..

 

ATAU

 

berpuisi lagik..hmm..cam bosan jek..macamla korang nak layan sgt kan (-_-)

 

ATAU

 

info yang berguna untuk korang?

 

ATAU

 

luahkan segala yang terbuku dalam hati..luah jangan tak luah mat..ohoho..:ƞ

 

hahaha..apa-apa pun, sama-samalah nantikan kemunculan entri aku yang seterusnya ye huhu~

 

P/S: saje je nak bagi suspen..tak leh ke? hahaha… :P

Kegembiraan dalam kekalutan…

Salam semua..kali ni aku nak berkongsi kegembiraan aku dengan korang. Dalam kekalutan hari tu, dengan urusan kerja yang memeningkan aku, tetibe je adela posmen hantar sesuatu yang bolehla meng’up’kan sket mood aku yang teruk tuh..

O.K, ni la gerangan sesuatu tu:

 

1) One Drop Perfume

P6090406 P6090408

Wow!! akhirnya hadiah yang sangat ditunggu-tunggu dah sampai ke tanganku. Tenkiu banyak-banyak sama Cik Dahlia ya sebab anjur contest ni tempoh hari..Ko bagi kaler oren? Bukan ke aku suka blues? takpe la, aku tak kesah pon huhu~..pas ni abihla wangi satu badan aku dgn wangian yg bermacam2 jenisnya bwahaha..

 

2) Cek nuffnang..

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Aduss..Dah sebulan lebih aku tunggu baru ko sampai..isk2..apa2 pun,aku rase puas sebab duit ni adalah hasil penat lelah aku  berblogging selama ini dan juga sebab sokongan dari korangla, pembaca-pembaca blogku yang setia. Terima kasih kerana sudi membaca entri2 yg tak berapa nak best ni dan juga sudi mengklik iklan2 nuffnang hehehe..

Apa nak buat dengan duit nih yek? Nantilah aku fikirkan untuk kebaikan kita bersama :))

Wokeh..Thank YOU semua!! Wo ai ni..!!!

 

P/S: Tanpa korang siapalah aku huhu~

Apakah tag ini?

tag ke ape ni?simple sgt soklannya..anyway thankslah huhu~

 

1) Thank and link the person that tagged you
Thanks la dik naim  sebab tag abang Mat nih, slalu aku je yg tag ko kan ;)

2) Tag 10 bloggers you've recently discovered and think fantastic
sape yang rase fantastic tu silala jwb tag nih ye..not in mood for tagging people..sorry ya :)

3) Contact that blogs and let them know they've been tagged
mereka akan contact diri sendiri, don’t worry :)

4) State 7 things about yourself
1. Nickname: Mat
2. Status : Single
3. Favorite Music Genre: Jazz n Bossa Nova
4. Favorite Food: Hot and spicy food..
5. Favorite Drink: Fruit Juice..
6. Favorite Color: Blue the most..
7. Favorite Quote: Life is full with riddles..

Sekian, wassalam..

Walimatul Urus

Wah!! Musim cuti sekolah ni..jemputan majlis kahwin semakin menjadi-jadi di sana-sini situ sini..Memang la kena target buat cuti sekolah ni..baru la ramai yang dapat datang dan memeriahkan majlis raja sehari ni. Kalau buat hari biasa, mestila diorang sibuk dengan kerja masing-masing, camne la nak datang.

Sebut pasal kahwin ni, macam-macam persediaan yang perlu dibuat. Apa taknya, majlis ni biasanya hanya sekali seumur hidup. So, kena la pastikan majlis tu amat bermakna dan dapat menjadi kenangan manis buat kita semua.  Kepada member-memberku yang dah kahwin, selamat menempuh alam perkahwinan. Semoga bahagia selalu O.K ;)

Dah lama aku hidup membujang..boring dah..Agaknya la berapa belanja kahwin aku nanti? Tengah kumpul duit lagi ni haha..Entah bila aku nak kahwin pun aku tak pasti. Calon? Adela (ade ke tak?) ..hehe.. Tapi yang pasti calon tu memang bertuah kerana dia akan menjadi satu-satunya insan yang pernah aku cinta dan sayang seumur hidupku, “kekasih awal dan akhir” cam dalam lagu Jamal tu.. Insya Allah..

Lagu ini aku tujukan khas untuk kekasihku..dengar-dengarkanlah..

 

Kekasih Awal Dan Akhir

Malam menanti siang
Siang menanti malam
Bagai berkurun lamanya
Masa memisahkan kita
Hingga terlupa
Pada paras rupa
Malam mencari mimpi
Siang mencari erti
Tersingkap seribu makna
Terucap seribu kata
Terlepaslah... rahsia

Sekian lama terpisah
Akhirnya bertemu
Mengenang dosa
Mengenang rindu
Dan ternyatalah
Cintaku yang satu...


Kau kekasih awal dan akhir
Kau kekasih zahir dan batin
Setelah ku sedari
Cintamu yang abadi
Takku harap takku peduli
Walau bulan jatuh kebumi
Dan hadir bidadari
Tak kumimpikan lagi

Kerana kau lebih mengerti

Kerana kau lebih mengerti….

 

Entah bila aku akan dapat buat kad kawin yang seperti ini:

undangan

KAD KAHWIN SAHABATKU ZUAN..DAH KAHWIN MAC ARI TU..BAHAGIANYA :)

 

Kepada kawan-kawan jauh yang jemput aku tu, sori aa tak dapat datang sebab kesibukan kerja tak mengizinkan aku (bole terima ke alasan ni?) huhu~ Sekian celotehku untuk kali ini. Wassalam.

 

P/S: Oh kekasihku..hadirlah dikau walau dalam mimpi sekalipun..

SIMPLE PLAN!!

HI, ni adalah latest news yang aku dpt dari my friend, Kery. Uploaded by himself to Youtube. Kejadian ini berlaku pagi tadi semasa dia naik Komuter. Sungguh bernas sekali KTMB punya solution. Aircond rosak, just open the door!! Simple plan sungguh huhuh…Apa pendapat korang? Sila lihat videonya di bawah:

 

 

Source: http://www.youtube.com/watch?v=hZxcpMR62_4

 

P/S: Aku jeles dengan ko Kery, dapat naik ‘Open Air’ punya komuter, hahaha…

Aktivis LL4G Malaysia Selamat

Salam semua. Alhamdulillah syukur, 12 orang rakyat Malaysia yang berada dalam kapal Mavi Marmara untuk misi Lifeline 4 Gaza (LL4G) berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan, menurut kenyataan Wisma Putra melalui Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman.

Ketika pertama kali mendengar berita ni di radio, aku sangat terkejut dan perasaan geram dan benci terhadap rejim zionis yang terkutuk itu semakin meluap-luap. Memang mereka tidak berperikemanusiaan menceroboh dan sanggup melakukan pembunuhan terhadap para aktivis yang seikhlas hati menyampaikan bantuan untuk orang Palestin yang amat memerlukan.

konvoi-diserang1-300x240 Antara wajah-wajah mereka yang kejam!!!!

Dalam serangan tersebut, seramai 20 orang maut!! dan ramai lagi yang cedera. Alhamduliilah rakyat Malaysia semuanya selamat. Namun begitu, kematian warganegara yang lain sudah tentu mendatangkan kemarahan yang amat sangat kepada negara masing-masing.

Apa yang menambahkan lagi kebencian ialah kenyataan Netanyahu yang mempertahankan tindakan tentera-tenteranya. Dia cakap “pasukan Israel melepaskan tembakan yang dibenarkan untuk membela diri” APA?? membela diri?? ooh please….siapa yang cari pasal dulu OK!! Diorang pakai senjata api..aktivis tu pakai apa la sangat!!! Tapi diorang bukan paham pun sebab diorang memang diajar macam tu…

 

Berikut adalah footage semasa kejadian tersebut:

 

*Thanks Dahlia for highlighting this video :)

OK, apa-apa pun, mari kita doakan semoga para aktivis ini selamat dan terhindar dari kekejaman rejim Zionis yang kejam ini.

 

Source: http://haluanpalestin.haluan.org.my/

 

P/S: Kita risaukan rakyat kita yang 12 orang tu, tapi rakyat Palestin dah entah berapa ramai yang terkorban sebab penindasan oleh kekejaman rejim Zionis. Sama-sama kita renungkan..

Award from Gransazer

Hi semua, kali ni aku dapat award yang kiut-miut daripada sesorang yang tidak asing lagi, Gransazer (Puak Api).Banyaknya award ko bagi, terharu aku..Terima kasih diucapkan :)

 

1) AWARD BLOG PALING COMEL

Award ni agak menarik sebab ade syarat-syarat la plak..Cute gile (>_<)

OK, aku akan jawab syaratnya dengan sebest yg mungkin haha..


kena selesaikan pantun ni dulu:


______________________

______________________

memang aku rasa blog aku comel,

kenape korang jeles ke?

makan makan coklat karamel,

makan sorang sorang je ke?

memang aku rasa blog aku comel,

kenape korang jeles ke?

 

err..tapi aku tak rasa pon blog aku comel sekarang, kalo template pinky yg dulu tu mmg la huhu~

OK, dah jawab. So, secara rasminya award ni jadi hakmilik aku ok ;)

 

2. BEAUTIFUL BLOGGER AWARD

Rasa cam pernah dapat ek..

aha kat sini le:

http://leoparduslynx.blogspot.com/2010/04/my-award-collectionz.html

tapi yang terbaru ni  ade pink background, siap rama-rama lagik,  so..cuter than ever hehe..

 

3. Nice Bloggers Award

Yeah, i think my blog is nice, very very nice huh? Huk alos, masuk bangkul angkat sendiri lak..Serius aku rase blog aku still lagi kurang menarik, nantila aku akan buat perubahan especially banner tu..

 

4. BLOGWALKING AWARD

Aku rase cam tak layak dapat award ni. Aku ni bukan selalu sangat blogwalking. Tapi takpe, aku cuba gak blogwalking demi korang semua muahsss…hahaha..

 

Sekali lagi, thanks Gransazer. Have a nice day (^_^)

 

P/S: bila dapat gaji, blanje aku huhu..

Pabila Abang Kery bercerita..

kery

Salam semua, kali ni aku nak kongsi dengan korang suatu entri yang bagi aku memang best dan bersahaja daripada sahabat karibku, Kery..memang betul apa yang dia tulis tu, Kebanyakan rakyat Malaysia perlu lebih sporting dalam bab sosial ni. Jom kita selami apa yg beliau tulis:

 

Orang Malaysia perlu lebih sporting...

Bukan susah, just ambil beberapa minit untuk penuhi keinginan sesama saudara. Kalau terus reject gara-gara nak tunjuk macho, kita dah tutup peluang untuk menerokai hidup yang lebih luas.

Pagi tadi seperti biasa berebut mahu masuk komuter. Penuh sebab tren lambat macam biasa juga. Perkhidmatan keretapi tambang murah ini tak mampu menawarkan perkhidmatan atas masa atau orang putih kata 'on time' justeru kita kena reda akan kelembapannya. Oleh sebab ia murah, terimalah seadanya. Kan?
Bila mahu meloloskan diri untuk masuk menjadi sebahagian daripada daging-daging menempel, proses itu terganggu.

"Masuk dalam sikit bro," saya mencoba.

"Tak boleh nak 'tolak' dah, belakang saya ni perempuan. Kalau tak, saya dah tolak dah."

Ish, ape ke hal nak kena tolak? Aku suruh kau masuk ke dalam jangan hadang depan pintu. Tak apalah niat dia baik tak mahu tolak walaupun tak ada orang suruh tolak pun. Minda dia sedang berlegar di sekitar konsep itu buat cara lain dia tak nampak. Jadi kena maafkan dia.

Seorang gadis melihatku. Wajahnya ada riak mengasihani. Aku senyum saja, "eh, boleh masuk sikit dik."

Gadis itu mendongak ke belakang mencari ruang kosong dan menyelusup ke dalam. Longgar lagi susunan tubuh penumpang di dalam. Selesa pun selesa.

"Kan saya dah cakap, dalam ni boleh masuk lagi ni." Aku membebel selepas dapat masuk dengan muka macho. Lebih macho daripada seorang brader kat sebelah yang masuk tren pagi-pagi buta pakai spek hitam bingkai mata belalang, kat telinga ada walkman.

Ini contoh pertama brader Malaysia yang tak sporting. Sedikit angkuh sebenarnya perlakuan beliau itu. Sebab, dia kena reti untuk pertimbangi keperluan orang lain. Orang yang kena touch ID kat scanner on time. Cobalah untuk fahami dan luangkan sedikit masa dan tenaga untuk lihat ke belakang, dan cakap, "LET SEE WHAT I CAN DO FOR YOU."
Ulangi dalam bahasa Melayu, "Hmm... jap saya fikir apa yang saya boleh buat untuk kau." Always remember this phrase, stick it tight on your brain.
"Let see what can I do for you."

Tempoh hari saya mengedar flyers promosi novel ciput yang saya tulis tu. Kat Shah Alam, sekitar stadium Malawati. Letak kat cermin kereta. Satu kereta proton Wira ni kat seat pemandu dia ada seorang brader pakai cap kaler kelabu. Cermin turun separuh jimat air cond.

"Ambil satu bang." Saya hulur kat dia.

Dia angkat tangan, tak pandang aku pun. "Tak nak ah." Katanya.

Tengok bagaimana 'sporting'nya masyarakat Malaysia. Macam jadah sebenarnya. Sebab, saya rasa kalau kat Europe, perkara seumpama itu tidak berlaku. Sekurang-kurangnya orang putih yang bulu roma kaler emas tu akan cakap, "Oh, sorry, thanks but no, thanks + (reason)" dan senyum.

Kita sesama saudara seagama cubalah untuk menjadi sporting. Cuba untuk curi masa menyelesaikan kesusahan orang. Cuba untuk hiburkan orang. Walaupun sedikit cuma, sekadar mampu. Selalu cuba untuk berfikiran 'let see what i can do for you."

Kan manis kalau ambil aje flyers itu dan senyum. Lepas itu, nak buang ke, nak kasi anak baca ke terpulanglah. At least he did something to cheer me up, kan? Macam itulah sebenarnya 'let see what i can do for you' punya mentality. Apatah lagi saya sedang berpeluh bagai edar flyers tengah2 panas.

Walaupun orang Melayu beragama Islam, tetapi bab-bab sosial macam ni sebenarnya mereka sangat jakun. Bila nak tegur orang, anak orang atau anak sendiri kerana kesalahan, mesti teguran itu kasar atau tinggi suara.
Saya pernah tegur seorang couple dalam komuter. Ikutkan marah, memang marah dengan perlakuan mereka yang sengaja mendekatkan badan lalu berlaga syiok tatkala keretapi tambang murah itu bergoyang-goyang. Lalu, sekadarnya saya cuba untuk bagi nasihat sebab tengok muka mamat dan minah ni macam baik, pastu mcm tak biasa buat maksiat aje.

"Adik, jam pukul berapa?"
"Pukul 3." kata mamat. Aweknya, minah cuba untuk menyorot ketampanan wajah saya tapi dia malu-malu takut mamat marah.
"Oh, terima kasih." saya senyum. "fuuhh... dah lambat." saya mula mereka-reka cerita dalam kepala. "nak pergi conference ni lambat betul."
"Ooo, kat mana bang?"
Ha tengok, bagus budak mamat ni.
"Bla bla bla minister... bla bla bla GDP up... penting.... bla bla.." Saya menjawab soalan dia dengan huraian panjang lebar (rekaan semata-mata)
Mamat lalu terlopong. Minah tergoda - saya dapat baca riak wajah gadis yang dilamun chenta ni.
Akhirnya saya tanya. "So, awk berdua ni bila lagi?"
Mamat mula sengih gatal tak cukup gigi. Minah tersipu-sipu tak cukup peha.
"Tak tahu lagi bang, keje pun blom."jawab mamat. Minah memang senyap dari tadi.
Apa lagi ini can saya. "Tak apa lah tu pelan-pelan. Kalau awak betul-betul serius dengan dia, awak kena usahalah. Jaga dia." Time ni wajah minah menahan haru air mata. "sebab awk berdua ni pun muda lagi, banyak lagi benda nak kena belajar. dah jumpa bakal mertua ke?" saya mengusik.
Mamat gelak. "Ish takut la bang." Dia jeling minah.
"Ish nak takut apa. Kalau nak jumpa bakal mertua dah takut, susah lah. Lepas kawin nanti macam-macam tanggungjawab awak kena jaga." saya pandang minah, "Betul tak awak?" saya cuba pancing minat minah.
Dia angguk aje.
"Kitorang memang ada merancang bang, tengok dulu macam mana. Nak kena cari kerja dulu."
"Study lagi ke?"
"Aah." dijawab pendek.

Lepas tu banyak juga la pengalaman-pengalaman yang saya share dengan mereka. Pengalaman cinta, frust, dating takut2, dan sebagainya.

Lepas itu saya turun ke tempat yang dituju. Dan sepanjang berbual dengan couple tadi, dengan personaliti ampuh yang saya bina di depan mereka, saya perasan mereka tak berani nak sentuh-sentuh, goyang-goyang laga lengan depan saya. Alhamdulillah, saya berjaya mengurangkan dosa mereka pada waktu itu. Harap-harap, nasihat saya pun diorang pakai. :)

 

Nukilan asal: http://mohdkhairimohd.blogspot.com/2010/06/orang-malaysia-perlu-lebih-sporting.html

 

P/S: thanks Kery sebab share pengalaman ko yang best sama kitorang :)

Reviewed by :

Photobucket
Related Posts with Thumbnails

I'm a translator!

About Me

My photo
a lonely 'cat' on a mystical adventure... wanna join me? add my YM: tidus_x81

Make urself comfortable, okay (^_^)


ShoutMix chat widget

My Mailbox..

Tetamu Aktif (^_^)

My Fanclub (^_^)

IPv4 Statistics

Blog-GempaQ