Dahlia, di bawah ini ade surat khusus untuk kamu. Sila baca..
Matt Leopardus,
Leopardus.blogspot.com,
World Wide Web.
Ke hadapan saudari Dahlia yang ku kenali,
Masihkah kau ingat saat ku mula-mula mengenalimu. Ah..mungkin kau tidak mengendahkan ku waktu itu. Maka,ingin ku mengimbas kembali saat pertemuan sulung ku denganmu. Ku masih ingat tarikhnya tanggal 8 Januari 2010, tatkala ku termangu-mangu sendirian di Taman Maya, lalu terserempak dengan notis yang terpampang di papan kenyataan yang bertajuk “Wang Hantaran DaHLia”. Tika itu, ku tertanya-tanya siapakah Dahlia ini? Kahwin dengan siapa? Oh! Rupa-rupanya dia belum kahwin lagi la. Hanya sekadar ngomelan semata-mata. Haha terkena aku di situ!
Sejak dari hari itu, aku selalu bertandang ke rumahmu yang beralamat
Dahlia’s Journal @ blogspot
Aku memang suka dengan layout rumahmu yang simple tapi menarik, terutamanya perhiasan ‘Hati Merah’ yang menambat hatiku ;)
Inilah gambar rumahmu suatu tika dulu, masihkah kau ingat?
Aku disambut mesra olehmu. Agak ramai juga yang menziarahimu. Aku kagum dengan kemesraanmu melayan segala kerenah tetamu mu. Aku juga tidak terkecuali. Sejak dari itulah aku mula bertukar-tukar pendapat denganmu. Pada mulanya, hanya aku ke rumahmu. Lama-kelamaan, timbul minatmu untuk bertandang ke rumahku. Masih ingatkah kau, pada 16 Februari 2010, barulah kita berbual-bual di dalam rumahku membincangkan hal “How to make your Firefox browser cute & beautiful”. Ingat tak dulu rumahku warna HITAM, lepas tu PEACH, pas tu PINKY sampai sekarang. Aku rasa ia terlalu cute untuk seorang jejaka. Nanti aku cat lain pulak ya ;)
Ya aku masih ingat dilema mu, nak pilih Abang biru ke atau Abang Hijau sebagai pasangan hidupmu. Tapi akhirnya kau madukan mereka. Tapi 2 minggu je dapat bertahan dengan Abang Hijau. Nak rujuk balik pon makan masa 3 bulan pulak tu. Sabar je la eh!
Pada suatu hari, aku terkejut kerana rumahmu telah bertukar wajah. Perhiasan ‘Hati Merah’ yang ku suka itu telah tiada. Oh tidak!! Mengapa kau cat baru? Aku lebih suka cat yang lama tu :| Harap lain kali kau cat lain plak eh! Mesti lagi lawa dari cat yang lama tu! Dan kembalikan ‘Hati Merah’ tu. Aku dah rindu sama dia!
Setelah sekian lama, kita berhubungan pula dengan telefon YM. Aku dah lama ada telefon tu, tapi kau baru je mendapatkannya pada 25 Mac 2010. No itu masih terbayang-bayang dalam fikiranku. 012-dahliajournal@YM.
Sebenarnya, banyak lagi yang ingin ku katakan, tapi apakan daya tanganku sudah keletihan menaip, ditambah dengan perutku yang lapar nih. Semoga jumpa di lain kali. Aku harap hubungan kita berterusan macam ni. Friends Forever, O.K!!
Yang mengenalimu,
M A T T L E O P A R D U S
P/S: Surat ni aku taip sebab join contest <Contest JBC>“Tak Kenal DaHLia Maka Tak Cinta Versi ….” Jom le join ramai2 ;)
Kempen Hartanah Bumiputera Matrix
12 hours ago
5 loyar baik..:
hoh sempat lgi tu karang surat chenta..aaaaha...thanks beb :)
Ingatkan Matt dah betul-betul jatuh cinta....rupanya join contest..alahai...
hehehe...same ngan kak tirana, ingatkan dah terjatuh abg matt nih :)
neway, good luck!
Hehehe...meow2 intai belog :D
gud lak..surat cintan lagi..hehe
Post a Comment