Disclaimer :
Watak dalam kisah ini adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah arwah. Jika ada persamaan yang disengajakan, pihak penulis akan memaklumkan terlebih dahulu. Kisah ini juga adalah hasil nukilan penulis sendiri. Jika anda merasakan ada penciplakan berlaku, sila maklumkan penulis dan sama-samalah kita berbincang supaya tindakan yg sewajarnya dapat dilakukan untuk kepentingan kita bersama.. Akhir kata, semoga para pembaca dapat menghayati kisah-kisah hasil nukilan penulis ini dengan sebaik yang mungkin. Selamat membaca dan semoga terhibur.
SEDUTAN EPISOD SEBELUMNYA:
PRELUDE - World Cup
PRELUDE 2 - Toyota Vios
PRELUDE 3 - Boom!
Boom!!!! Kaboom!! Prakk!!
Bunyi petir menyambar dengan rakusnya sebatang pokok berhampiran,
Di kala saat antara hidup dan mati itu, Iwan sempat mengelak treler durjana itu. Fuhhh lega!!! Nasib baik lah ruang di tepi jalan itu telus sebuah kereta.
Lantas, Iwan memberhentikan kereta tersebut. Tercungap-cungap dirinya menahan kepenatan pertarungan jalanan tadi. Degupan jantungnya pula masih lagi deras terasa. Dap dup dap dup.. Debaran masih lagi belum lenyap dari jantungnya.
Fariz baru sahaja sedar dari lenanya lalu terpinga-pinga untuk mendapatkan kepastian.
Fariz: Apa dah jadi jap tadi? Aku tidur mati la, tak sedar langsung..
Iwan senyap. Tak terungkap sebarang kalimah dari mulutnya. Tak termampu mulutnya untuk berkata-kata, apatah lagi untuk menjawab sebarang pertanyaan.
Lama-kelamaan, Fariz faham akan situasi tersebut. Kalau tercungap-cungap seperti itu, sudah semestinya suatu yang buruk telah berlaku. DIa rasa bersyukur sangat-sangat sebab mereka selamat dan masih mampu menghirup udara segar pada malam yang sangat ‘bertuah’ itu.
Fariz: OK..Iwan, ko bertenang dulu ya..Tarik nafas dalam-dalam, pas tu hembus..Nanti bila dah releks, kita cakap ye..
Iwan hanya mampu mengangguk kepalanya..
Setelah agak lama menunggu, akhirnya Iwan dapat menenangkan dirinya dan menghuraikan apa yang telah berlaku.
Iwan: GIla ko!! Tadi ada treler panjang la, hampir-hampir nak langgar kita, tau tak? Ko plak membuta tak sedar diri, tinggal la aku sorang-sorang..Nasib baiklah jantung aku ni sihat walafiat lagi, kalo tak mau melayang nyawa aku, dan mungkin ko punya gak..
Fariz: Astaghfirulah..Iwan, bawak-bawak mengucaplah. Syukur la kita masih selamat. Ingat-ingatlah pada Tuhan jugak..
Iwan: Astaghfirullahalazim!! Syukur Alhamdulillah. Kita masih hidup lagi. Lega rasanya.
Fariz: OK. Kita pun tak de apa-apa nih. Jom balik sekarang..
Fariz bertukar tempat dengan Iwan lantas menghidupkan enjin Toyota Vios-nya dan bergegas pulang.
BERSAMBUNG…
Hakcipta Terpelihara® Matt 2010
P/S: Apakah hala tuju cerpen ini seterusnya? Adakah akan terus suspen camni atau ….…Tunggu je la sambungannya ye.. ;)