“Transfer..” What we would call that in Malay…
“Perpindahan” atau “Penghijrahan” “, jawab diriku sendiri.
“Tepat sekali MAT”, kata diriku sendiri jugak.
Haha..cam masuk bakul angkat sendiri lak.
Actually, 2 minggu lepas, aku demam sekejap..ini membantutkan mood aku untuk beronline..termasuklah untuk berblogging ni..
La ni barula datang balik mood yang lumpuh sementara tu..
FUH… Nasib baik la sementara ek..kalo kekal, mesti rindu gile korang kat aku kan!! Apa? Tak?? Tak kisahla apa-apa pun jawapan korang, asalkan korang bahagia sudah huhu~ :P
Sejak akhir-akhir ni, banyak hal yang melibatkan perpindahan..
Dalam bulan depan, maybe aku kena transfer kat cawangan lain..mungkin ke Johor..
Sedih lak rasa nak kena tinggalkan bumi Melaka nih…
Baru ingat nak mulakan kehidupan baru kat sini..nampaknya tak jadik la.. haih…
Teringat pula kata member aku yang sorang nih..
“biasa la tu, selagi ko tak kawen lagi mudah org nak transferkan ko..”
Memang betul dah apa yang dia cakap tu..bab transfer ni, memanglah aku mangsa utama..sebab staf lain semua dah kahwin, dah ada family kat sini, aku sorang je belum. Tapi demi kerja, aku sanggup la transfer, tambahan pulak aku solo lagik..tak ada isteri dengan anak lagi, so tak terikat dengan sapa2.
Bab calon ni, dah ramai orang tanya kat aku, bila nak ada? Susahla nak jawab beb..lain orang lain situasi beb..jangan la plak banding situasi korang dengan situasi aku..tak sama beb..ditambah pulak dengan bab transfer yang tak dijangka ni, lagila mengkomplekskan keadaan..
Katakan aku ambik calon Melaka, susah jugak..Kalo amik calon Johorian pun susah gak..aku tak mahu la menyusahkan diorang..nanti nak kena transfer sana sini bila hidup bersama nanti..Lambat-laun, mungkin aku kena transfer ke cawangan Kemaman..balik ke kampung halaman, yay (^_^)..maybe kena cari calon Terengganu gak kot huhu..ada sapa2 berminat? call me okeh ;)
Ntah ape yang aku merapukan nih… apa-apa pun, hidup mesti diteruskan..Ini lah yang dinamakan “dugaan”!! Aku pasti 1001 hikmah terlindung di sebaliknya. Ku berserah pada-Mu Ya Allah! Bantulah hamba-Mu yang lemah dan tidak berdaya ini untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan ini. Wallahualam..
P/S: Korang perasan tak blog aku pun transfer gak!! Transfer ke kampung yang aman damai huhu~
7 loyar baik..:
wooo ni pun kira transfer blog ni...layout baru..patutlah ko private kan...
a'aa betul la matt mmg aman damai masuk cni.. mcm duk kt kg lak.. hehehe.. berpindah la selagi mampu matt..
selagi kita ikhlas dalam melakukan sesuatu, insya'allah hidup kita sentiasa di redhai Ilahi..
Demam rupanya patutlah sepi aje blog ni. Oh ye selamat berpindah..Banyak berpindah, banyak pengalaman...hehehe.. Blog berwajah baru...sedap mata memandang
byk penghijrahan berlaku di sini..huhu
@dahlia, hida, kak tirana & gransazer:
terima kasih kerana berloyar baik di sini..tuannya nak transfer, blog pon kena transfer gak lah..Alhamdulillah jumpe template yg mendamaikan jiwa :)
insya Allah Mat akan menyesuaikan diri di tempat baru dan buat kerja seikhlas mungkin..
memang transfer habis nampaknya
hahaha
cepatlah kahwin
nanti tak payah ditransfer dah
P/S : Mari Makan Buah Tomato!
@hans, tolong cari calon utk aku lah haha :P
Post a Comment