HI semua (^_^), agak busy aku semenjak dua menjak ni. Baru hari ni ade can nak update blogku yang tercinta nih, huhu..
OK, kali ni pasal
no 8 (LAPAN). Ramai orang kata no 8 ni ada
‘ong’ punya!! Orang cina kata 8 ni untuk
kemewahan atau
masa depan yang cerah..Ada orang sanggup bayar beribu-ribu semata-mata kerana no 8..Begitulah betapa hebatnya no 8 nih..
Tapi kali ni bukan sebab aku nak cakap pasal no 8..ni semua gara-gara
Cik Dahlia kita ni yang tag aku soklan nih:
1. Go to your photo files, select the 8th photo folder.
2. Select the 8th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story behind it.
4. Then challenge 8 blogging friend to do the same.
Haha, camne tu?
Folder ke-8 aku tak ada
gambar ke-8, ade 4 jek..so, tak yah jawab la kan?
(
dah nampak muka kechiwa Cik Dahlia di situ..hahaha..)
Alalala janganla merajuk..OK untuk tidak menghampakan, aku buat sedikit pengubahsuaian dan akhirnya tercetuslah
Gambar ke-8 dari
Folder ke-8.
Ni dia..
Cute tak budak ni? cam upin ipin la sket2..Ni la anak buahku yang paling bongsu skali stakat ni, heheh..kalo anak sendiri cute camni best gak huhu..
Apa yang ada di sebalik kecomelan ni?
Perhatian kepada sesiapa saja yang bercermin mata!! AWAS!! Raksasa comel (^_^) ni bakal
menghancurkan cermin mata anda!! hahaha..
Habis spekku yg terdahulu
hancus disebabkan serangannya yang bertubi-tubi!!
Tapi Pak Usu tak marah pon..OK ape..boleh buat spek baru yg lebih smart gitu kan!!
Smart kan spek nih ;)
Okeh, tu jer citernya.
Skarang nak kena tag 8 lagi rakan bloggers ku..Sila jawab ya!! Anytime anywhere you can (^_^)
1. Laydee_N - yang busy dgn kerja barunya. Kerja sungguh-sungguh ya! Jawab tag ni bila ur free k! :)
2. Amirah Lampard - ‘kipas susah mati’ encik Lampard..apa la yg best sangat si Lampard tu..huhu..jangan lupa jawab tag ni okeyh?!
3. Alyssa Villamor - bakal akauntan yang berjaya, Insya-Allah..I tagged u once again huhu..
4. Starsyeaa - err bakal Ustazah yang comel dan baik?? tul ke tu? kalo salah tolong betulkan..
5. Azrie - ah tak kira nak tag gak ko..kalo malas jwb, sila makan pil rajin, mintak dari doraemon, hahaha..
6. Jijie - uit-uit, anda ditag skali lagi, jangan cuba larik, kalo tak aku kejar dengan kereta F1, huhu~
7. Zaza - berdebar-debar sebab final examnya dah dekat. Good Luck to u (^_^) Ikut ko le nak jawab bila. pas abih exam pon takpe..jangan jawab soklan ni mase exam sudah hahaha..
8. Naim - haha adikku yang menang topup hari tu, moh le jwb tag ni..tapi takde hadiah le kali ni huhu..
*****