Antara dua sahabat.."Prelude"

Disclaimer :

Watak dalam kisah ini adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah arwah. Jika ada persamaan yang disengajakan, pihak penulis akan memaklumkan terlebih dahulu. Kisah ini juga adalah hasil nukilan penulis sendiri. Jika anda merasakan ada penciplakan berlaku, sila maklumkan penulis dan sama-samalah kita berbincang supaya tindakan yg sewajarnya dapat dilakukan untuk kepentingan kita bersama.. Akhir kata, semoga para pembaca dapat menghayati kisah-kisah hasil nukilan penulis ini dengan sebaik yang mungkin. Selamat membaca dan semoga terhibur.

PRELUDE - WORLD CUP

Dalam keheningan malam, kelihatan segerombolan manusia berpusu-pusu ke kedai makan Mek Siam di atas tebing tinggi di birai jalan sana. Masing-masing kelihatan sepertinya tertumpu pada suatu skrin yang agak besar. Dua sahabat, Iwan dan Fariz tidak terlepas daripada kegilaan terbaru ini.

Iwan: “Eh Riz, ramai tul yg makan kat kedai ni mlm ni..”

kata Iwan setelah menghabiskan Nasi Goreng Kampung dan Teh O Gelasnya.

Fariz: Huk ala, memang la, ni kan musim World Cup, lebih-lebih lagi malam ni Portugal lawan Ivory Coast..dah sah-sah ramai peminat punye. Ko macam tak tau Ronaldo dengan Drogba main malam ni. Ko kan peminat Chelsea kan? Mesti sokong Ivory Coast punya kan kan?

Iwan: Saya mesti pilih..hahaha..memangla RIz, peminat Chelsea cam aku ni kenala sokong Drogba, so kena sokongla negara dia gak le.

Fariz: Macamla si Drogba tu ingat kat ko hahaha..

Iwan: Adeh..apasal ko cakap macam tu? Teringat sesuatu pulak..

Fariz: Sori la weh, aku salah cakap ke apa nih?

Iwan: Takpe..abaikan. Ko tak buat silap apa pun. Aku je yang ngada-ngada ahahaha..

Fariz: Ah ko ni ada-ada ajelah.

Iwan: Hahaha..hanya daku yang ngerti..

Fariz: Uh..malasla aku nak ngerti ko ni, layan bola lagi bagus daa..oit bola dah nak start! fokuskan mata anda pada skrin..

Iwan: Yelah nak tengok ah ni..

Maka, perlawanan yang mereka nanti-nantikan telahpun bermula. Namun hampa sekali, perlawanan itu tidaklah sehebat yang disangka.

Fariz: Biar betul diorang ni, main cam budak kampung je. Kalau camni, aku lagi terer main..

Iwan: Hahaha..cam Piala Malaysia lak aku tengok..baik tak yah buat World Cup cam ni, Kampung Cup sudah hahaha..

Fariz: Bosan tul..aku rasa baik kita balik awal camni..

Iwan: RIleksla Riz! dah alang-kepalang kita kat sini, tengokla sampai abih..Err..balik nanti aku ade nak cerita something kat ko..

Fariz: Oh ko ade cerita terkini ke? Bagus gak tu leh buat Bedtime Story, untuk aku yang cam kelawar nih hahaha..

Iwan: Iyolah tu ahahaha..

Mereka pun bersengkang mata hingga ke akhir perlawanan. Perlawanan yang hambar itu berakhir dengan seri 0 - 0.

Setelah itu, mereka pulang ke rumah.

 

BERSAMBUNG…

Hakcipta Terpelihara® Matt 2010

 wc2010-logo

P/S: Watak di atas tiada kaitan dengan yang hidup atau yang sudah arwah. Tapi perlawanan World Cup tu ade kaitan hahaha..

 

SAMBUNGAN DI SINI:

PRELUDE 2 - Toyota Vios

PRELUDE 3 - Boom!

 

 

5 loyar baik..:

Khairi Mohd said...

alah pendeknye. potong stim ni hahaha. kasi pjg sikit baru nampak jalan cerita menuju ke mana huhu.

Matt said...

prelude la kery, mmg saje x tunjuk ia menghala ke mana hahaha..

Tirana said...

Menanti sambungan seterusnya.. tapi jangan lama-lama sangat tau, dah jadi tak best lak kalau terpaksa tunggu lama-lama.

Matt said...

ya kak, akan mat update secepat mungkin :)

NomborSebelas said...

apa sambungan nie....





http://nomborsebelas.blogspot.com/

Reviewed by :

Photobucket
Related Posts with Thumbnails

I'm a translator!

About Me

My photo
a lonely 'cat' on a mystical adventure... wanna join me? add my YM: tidus_x81

Make urself comfortable, okay (^_^)


ShoutMix chat widget

My Mailbox..

Tetamu Aktif (^_^)

My Fanclub (^_^)

IPv4 Statistics

Blog-GempaQ