Salam semua, kali ni aku nak kongsi dengan korang suatu entri yang bagi aku memang best dan bersahaja daripada sahabat karibku, Kery..memang betul apa yang dia tulis tu, Kebanyakan rakyat Malaysia perlu lebih sporting dalam bab sosial ni. Jom kita selami apa yg beliau tulis:
Orang Malaysia perlu lebih sporting...
Bukan susah, just ambil beberapa minit untuk penuhi keinginan sesama saudara. Kalau terus reject gara-gara nak tunjuk macho, kita dah tutup peluang untuk menerokai hidup yang lebih luas.
Pagi tadi seperti biasa berebut mahu masuk komuter. Penuh sebab tren lambat macam biasa juga. Perkhidmatan keretapi tambang murah ini tak mampu menawarkan perkhidmatan atas masa atau orang putih kata 'on time' justeru kita kena reda akan kelembapannya. Oleh sebab ia murah, terimalah seadanya. Kan?
Bila mahu meloloskan diri untuk masuk menjadi sebahagian daripada daging-daging menempel, proses itu terganggu.
"Masuk dalam sikit bro," saya mencoba.
"Tak boleh nak 'tolak' dah, belakang saya ni perempuan. Kalau tak, saya dah tolak dah."
Ish, ape ke hal nak kena tolak? Aku suruh kau masuk ke dalam jangan hadang depan pintu. Tak apalah niat dia baik tak mahu tolak walaupun tak ada orang suruh tolak pun. Minda dia sedang berlegar di sekitar konsep itu buat cara lain dia tak nampak. Jadi kena maafkan dia.
Seorang gadis melihatku. Wajahnya ada riak mengasihani. Aku senyum saja, "eh, boleh masuk sikit dik."
Gadis itu mendongak ke belakang mencari ruang kosong dan menyelusup ke dalam. Longgar lagi susunan tubuh penumpang di dalam. Selesa pun selesa.
"Kan saya dah cakap, dalam ni boleh masuk lagi ni." Aku membebel selepas dapat masuk dengan muka macho. Lebih macho daripada seorang brader kat sebelah yang masuk tren pagi-pagi buta pakai spek hitam bingkai mata belalang, kat telinga ada walkman.
Ini contoh pertama brader Malaysia yang tak sporting. Sedikit angkuh sebenarnya perlakuan beliau itu. Sebab, dia kena reti untuk pertimbangi keperluan orang lain. Orang yang kena touch ID kat scanner on time. Cobalah untuk fahami dan luangkan sedikit masa dan tenaga untuk lihat ke belakang, dan cakap, "LET SEE WHAT I CAN DO FOR YOU."
Ulangi dalam bahasa Melayu, "Hmm... jap saya fikir apa yang saya boleh buat untuk kau." Always remember this phrase, stick it tight on your brain.
"Let see what can I do for you."
Tempoh hari saya mengedar flyers promosi novel ciput yang saya tulis tu. Kat Shah Alam, sekitar stadium Malawati. Letak kat cermin kereta. Satu kereta proton Wira ni kat seat pemandu dia ada seorang brader pakai cap kaler kelabu. Cermin turun separuh jimat air cond.
"Ambil satu bang." Saya hulur kat dia.
Dia angkat tangan, tak pandang aku pun. "Tak nak ah." Katanya.
Tengok bagaimana 'sporting'nya masyarakat Malaysia. Macam jadah sebenarnya. Sebab, saya rasa kalau kat Europe, perkara seumpama itu tidak berlaku. Sekurang-kurangnya orang putih yang bulu roma kaler emas tu akan cakap, "Oh, sorry, thanks but no, thanks + (reason)" dan senyum.
Kita sesama saudara seagama cubalah untuk menjadi sporting. Cuba untuk curi masa menyelesaikan kesusahan orang. Cuba untuk hiburkan orang. Walaupun sedikit cuma, sekadar mampu. Selalu cuba untuk berfikiran 'let see what i can do for you."
Kan manis kalau ambil aje flyers itu dan senyum. Lepas itu, nak buang ke, nak kasi anak baca ke terpulanglah. At least he did something to cheer me up, kan? Macam itulah sebenarnya 'let see what i can do for you' punya mentality. Apatah lagi saya sedang berpeluh bagai edar flyers tengah2 panas.
Walaupun orang Melayu beragama Islam, tetapi bab-bab sosial macam ni sebenarnya mereka sangat jakun. Bila nak tegur orang, anak orang atau anak sendiri kerana kesalahan, mesti teguran itu kasar atau tinggi suara.
Saya pernah tegur seorang couple dalam komuter. Ikutkan marah, memang marah dengan perlakuan mereka yang sengaja mendekatkan badan lalu berlaga syiok tatkala keretapi tambang murah itu bergoyang-goyang. Lalu, sekadarnya saya cuba untuk bagi nasihat sebab tengok muka mamat dan minah ni macam baik, pastu mcm tak biasa buat maksiat aje.
"Adik, jam pukul berapa?"
"Pukul 3." kata mamat. Aweknya, minah cuba untuk menyorot ketampanan wajah saya tapi dia malu-malu takut mamat marah.
"Oh, terima kasih." saya senyum. "fuuhh... dah lambat." saya mula mereka-reka cerita dalam kepala. "nak pergi conference ni lambat betul."
"Ooo, kat mana bang?"
Ha tengok, bagus budak mamat ni.
"Bla bla bla minister... bla bla bla GDP up... penting.... bla bla.." Saya menjawab soalan dia dengan huraian panjang lebar (rekaan semata-mata)
Mamat lalu terlopong. Minah tergoda - saya dapat baca riak wajah gadis yang dilamun chenta ni.
Akhirnya saya tanya. "So, awk berdua ni bila lagi?"
Mamat mula sengih gatal tak cukup gigi. Minah tersipu-sipu tak cukup peha.
"Tak tahu lagi bang, keje pun blom."jawab mamat. Minah memang senyap dari tadi.
Apa lagi ini can saya. "Tak apa lah tu pelan-pelan. Kalau awak betul-betul serius dengan dia, awak kena usahalah. Jaga dia." Time ni wajah minah menahan haru air mata. "sebab awk berdua ni pun muda lagi, banyak lagi benda nak kena belajar. dah jumpa bakal mertua ke?" saya mengusik.
Mamat gelak. "Ish takut la bang." Dia jeling minah.
"Ish nak takut apa. Kalau nak jumpa bakal mertua dah takut, susah lah. Lepas kawin nanti macam-macam tanggungjawab awak kena jaga." saya pandang minah, "Betul tak awak?" saya cuba pancing minat minah.
Dia angguk aje.
"Kitorang memang ada merancang bang, tengok dulu macam mana. Nak kena cari kerja dulu."
"Study lagi ke?"
"Aah." dijawab pendek.
Lepas tu banyak juga la pengalaman-pengalaman yang saya share dengan mereka. Pengalaman cinta, frust, dating takut2, dan sebagainya.
Lepas itu saya turun ke tempat yang dituju. Dan sepanjang berbual dengan couple tadi, dengan personaliti ampuh yang saya bina di depan mereka, saya perasan mereka tak berani nak sentuh-sentuh, goyang-goyang laga lengan depan saya. Alhamdulillah, saya berjaya mengurangkan dosa mereka pada waktu itu. Harap-harap, nasihat saya pun diorang pakai. :)
Nukilan asal: http://mohdkhairimohd.blogspot.com/2010/06/orang-malaysia-perlu-lebih-sporting.html
P/S: thanks Kery sebab share pengalaman ko yang best sama kitorang :)
1 loyar baik..:
betul..
mentaliti kelas ke 3, tapi tuntut prasarana kelas satu.
Post a Comment