Puisiku buatmu..

Salam muhibbah buat semua, terutamanya kepada pembaca setia blog ini khasnya. Rasanya, belum pernah lagi ada entri sejiwang ini dalam blog aku ni. Setelah ketandusan air laut ilham pada hari sebelumnya, akhirnya lahirlah suatu puisi yang aku tak pernah terfikir nak buat sebelum ni. Aku ni dulu aliran sains. Mane la reti sangat bab puisi nih, hehe..Puisi ini adalah hasil kerja tangan Matt yang original..Terimalah puisi yang tidak seberapa daripadaku, Matt Leopardus yang berjudul “Cintaku”. Hakcipta Terpelihara®

Love

 

 Cintaku…

Tatkala dikau berlabuh di persada lubuk hatiku

Ku rasakan dunia ini berbeza

Hari-hari berlalu tidak sepertimana sediakalanya

Membuatkan hidupku penuh tanda tanya

 

Cintaku…

Belum pernah lagi dalam hidupku

Ku rasakan cinta seikhlas begini

Bukan paras rupa yang ku pandang

Bukan kulit putih gebu yang ku idam

Bukan badan ramping yang ku inginkan

 

Cintaku…

Andai cinta kerana paras rupamu

Pabila senja, rupamu tidak menawan hatiku

Andai cinta kerana kulitmu

Pabila senja, kulitmu berkedut seribu

Andai cinta kerana badanmu

Pabila senja, badanmu bongkok jua

 

Cintaku…

Aku menyintaimu seadanya

Cintaku tulus ikhlas dan sejati

Bukan kerana nafsu semata-mata

CIntaku bukan untuk sehari dua

Cintaku untuk selamanya

 

Cintaku…

Cuma daku berharap

Agar dikau memahaminya kelak

Makna cinta sejati

Kerna daku mengerti

Cinta bukan kerana dipaksa

Cinta adalah kerelaan kedua-duanya

 

-MATT-

 

P/S: ke manakah halatuju ku selepas ini? mungkin ke pelabuhan menunggu kapal berlabuh atau belayar di lautan luas menuju destinasi yang aku sendiri belum pasti..

13 loyar baik..:

starsyeea said...

wokkeh! bole sudah...hehehe

pasni bole la ngomel2 lg...:)

Gransazer said...

erkk..matt, ang tgh bercinta ke??

Khairi said...

fuh fuh fuh oksigen oksigen!

puisi ni best okeh!!

ehem, matt, sapa gadis tu?

Alyssa Villamor said...

ceh2 wah..
best r puisi nih!
siapakah pemberi ilham nye..? meh la share skit hehe ;p

Tirana said...

Sahih dah Matt jatuh cinta ni..hehehe..orang sains ni kalau buat puisi, setiap patah perkataan yang keluar tu memang menggambarkan apa yang ada di hati dan perasaan..hahaha.

Matt said...

syea, dah bole ke? cayala!!

gransazer, err bercinta? siapakah? huhu~

kery, hot sgt ke puisi ni smpai x cukup oksigen haha~ gadis tu? err..siapala yg bertuah tu agaknya?

lyssa, pemberi ilhamnya adalah diri sendiri sbb x de sorang pon nk bg aku idea ari tu haha~ neway, thanks for ur compliment ;)

kak, mmg saya ikhlas masa buat puisi ni, tapi adakah si dia begitu juga?..huhu suspennya..

HaiDa HiDa said...

best2.. penuh makna.. tahniah Matt.. arap2 cinta itu sudah dimiliki.. mgkin itu jge adalah tulang rusuk yg dicari.. :)

Matt said...

haida, mungkin ya, mungkin tidak, harap2 je la ya hehe..

nabilah_2908 said...

puisi yg mampu meruntun jiwa...nice.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
KATA GANTI DIRI

Matt said...

ya nabilah, puisi ni memang mempunyai maksud yang amat mendalam sekali, mungkin kena baca 2-3 kali baru dapat menghayati maksud sebenarnya :)

oh ya, baris p/s pon kena hayati gak apa maksudnya tu, sepatutnya elok dimasukkan dlm puisi ni, hehe..

Khairi said...

hida, skang dah ada tulang rusuk besi tau. haha

hans said...

wah
puitis sungguh

Matt said...

thanks hans ;)

Reviewed by :

Photobucket
Related Posts with Thumbnails

I'm a translator!

About Me

My photo
a lonely 'cat' on a mystical adventure... wanna join me? add my YM: tidus_x81

Make urself comfortable, okay (^_^)


ShoutMix chat widget

My Mailbox..

Tetamu Aktif (^_^)

My Fanclub (^_^)

IPv4 Statistics

Blog-GempaQ