Yuda Di Padang Maya @ Pesta Buku PWTC

Ahad lepas, aku pergi ke KL. Semestinya ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Jika korang belum pergi lagi, jangan risau sebab ia masih lagi berlangsung sehingga 28 MAC ini.
Ini antara gambar-gambar yang sempat aku rakam semasa pesta tersebut berlangsung.


Ni kat Karangkraf. Sewa satu dewan siut ^0^
OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Kat sinila aku beli buku Mantap Mengaji dari Ustaz “Mantop” (Ustaz Zamri TV9) untuk anak sedaraku :)
OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Setelah berlegar sana-sini, akhirnya bertemu jua dengan pondok Jemari Seni. Ni gambar semasa aku berteriak ke arah si Khairi a.k.a Xarine yang tersohor itu. “Oit Kery!!Kery!!!!” haha terpinga-pinga beliau mendengar teriakanku itu. Mencari-cari dari mana datangnya sumber suara itu barangkali. Ayat ala-ala novel la plak :Þ
OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Barisan kumpulan “Geng Kicap” yang mewarnai pondok Jemari Seni dengan warna hitam nan gagah perkasa :)
OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Tujuan utama aku ke sini sebenarnya ialah untuk menebus secebis bingkisan yang telahku menangi kerana menjadi pengunjung ke-20000 blog beliau. Novel terbaharu sahabat karibku itu yang bertajuk “Yuda di Padang Maya” adalah merupakan novel sains fiksyen yang sangat misteri. Aku dah baca 16 muka surat saat entri ini ditulis. Jalan ceritanya memang sangat menarik sekali dan mengujakan. Korang semua jangan lupa untuk mendapatkannya!!!

Sayang seribu kali sayang, kameraku kehabisan bateri pula!!! Tiada peluang untukku bergambar dengan sahabat karibku ini :(. Lantas terlintas ilham yang bernas dari benakku. “Kery, pinjam henset mung la, nok ambik gambor, kamera abih bateri la plok!” kata aku waktu itu.

Malang seribu kali malang, tidak terduga jawapan yang ku terima. “Laa sori aa Mat, aku punya henset abih bateri jugok. Sini tak dok tempat charge pulok” balas Kery. Ah! Biarlah. Nasib kurang menyebelahiku. Hendak meminjam dengan insan lain, seganlah pulak rasanya.:|

“Takpela Kery, mu autograf molek-molek kat buku Yuda ni, cukuplah nanti aku ambik gambar buku ni je huhu  -_- “

Begitulah alkisah pada hari tersebut. Pada petangnya, hujan tersangatlah lebatnya. Aku tertidur nyenyak dalam bas sehinggalah sampai ke Melaka.

Kepada Kery, aku ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana memberi hadiah yang tidak ternilai ini kepadaku. “Novel hasil penulisan sahabat karib sendiri”. Aku tumpang bangga denganmu ^_^.
BFF

*****

11 loyar baik..:

starsyeea said...

haha...sy nak call kak ja hari tu pon kena pakai henfon sendiri. dah la tak ingat number...adoilaaa a.khairi nih. eik, a.matt pegi bile? petang tu ke?

Matt said...

yep, petang ahad tu le, tp jap je, dlm kul 5 lebey dah blah :)

Khairi said...

amboi mengadu ngn abang mat nampak. haih, nak kena claim ke ni syeeaa hehe. Sy pun tak sedar bateri habis. Masa nak ambik gmbr a samad said bagi ucapan, dia terus habis.

Matt, thankss. dah abes buat review yuda ya.

Matt said...

kery, a samad said sebenar ke? hahaha..tu la len kali kena beringat, caj sblom kena haha :Þ

syea, nak wat camna, tuah ayam nmpk di kaki, malang manusia tak nmpk haha ^_^

starsyeea said...

hahaha...kire mengadu ke tuh? banyaklaaa...

erk...peribahasa tu nk cakap sy malang ke a.matt? ngeee...

Tirana said...

Wah..wah..dah jumpa penulis novel YUDA..Kak Tirana belum lagi..Hari Ahad ni insyaAllah boleh pi.. Kalau tak boleh gak, kak tirana kena buat appointment dengan Khairi..jumpa kat mana-mana yang sesuai..hahaha..janji dia kena bawa Absyar sekali sebab yang sebenarnya teringin nak tengok sikecik tu aje..hehehe

Matt said...

syea, abg mat dan abg kery juga dikira malang pada petang tersebut huhuhu..

kak tirana, sbnrnya sy dah slalu jmpe dgn kery, dah x heran dah hahaha :Þ

Afida Anuar said...

wahh part incik matt leopardus dapat tandatangan n kata2 azimat dr kery... tak boleh jadi ni!!

hehe^-^

Matt said...

fida, silalah jeles semaksimum yg mungkin hahah :Þ

Alyssa Villamor said...

wahh pesta buku!! nak pegi!
tapi berada di kuantan..tak dpt nk g :(

Amirah Rashid said...

mira pergi smlm. last day. perghh, ramai gila macam semut! O___O

Reviewed by :

Photobucket
Related Posts with Thumbnails

I'm a translator!

About Me

My photo
a lonely 'cat' on a mystical adventure... wanna join me? add my YM: tidus_x81

Make urself comfortable, okay (^_^)


ShoutMix chat widget

My Mailbox..

Tetamu Aktif (^_^)

My Fanclub (^_^)

IPv4 Statistics

Blog-GempaQ