Selamat Hari Guru, Cikgu!

Salam semua,  dah lewat sehari, tapi rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan “Selamat Hari Guru, Cikgu!” kepada semua guru.

Lihatlah keratan akhbar semalam (Harian Metro Ahad, 16 Mei 2010).

cikgu 

Walaupun mereka telah menjawat jawatan tertinggi dalam kabinet, PM kita berserta barisan kabinetnya tidak lupa akan jasa guru yang telah mendidik mereka sehingga berjaya seperti sekarang ini.

Aku kagum sebenarnya dengan guru yang sanggup mengorbankan masa dan tenaganya demi memastikan anak didiknya berjaya, bukan sahaja dalam pelajaran tapi juga bidang-bidang lain juga.

Semangat guru dapat dihayati dalam Lagu Guru Malaysia di bawah ini:

LAGU GURU MALAYSIA

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

(Ihsan http://www.moe.edu.my)

DOWNLOADS:

MP3

Video Klip 

 

Namun begitu, aku kecewa dengan sikap segelintir pelajar yang masih tidak mengerti betapa besarnya jasa guru ini. Ada antara mereka yang sanggup ponteng sekolah lantaran kehendak mereka tidak dipenuhi. Mereka sudah lupa akan tanggungjawab mereka sebagai pelajar. Ya, mungkin seronok ponteng-ponteng ni tetapi keseronokan itu hanyalah sementara. Nanti, sampailah suatu masa, korang yang seperti ini akan menangis kesorangan, menyesal tak sudah-sudah. Insaflah sebelum terlambat. Bagi yang terlambat, aku tak tau nak cakap apa--apa dah. Sape suruh korang cari pasal. Kita dah jenuh bagi motivasi dan nasihat, tapi masih berdegil ikutkan perasaan dan nafsu sendiri, tanggunglah sendiri akibatnya ya!

 

Oh Cikgu! Dikaulah pelita hidupku yang menerangi kehidupanku. Selamat Hari Guru, Cikgu! daripada anak didikmu..

-MATT-

 

P/S: Selamat Hari Guru kepada rakan-rakan bloggerku yang memang seorang cikgu terutamanya kepada Cikgu Dahlia.. :)

*****

3 loyar baik..:

Kniedaz said...

byknya jasa guru...

Alyssa Villamor said...

slamat hari guru!
mulia nye jasa n budi seorang guru ni, tanpa guru siapa lah kami skng ni..

Matt said...

jadilah anak didik yang bersyukur dan mengenang jasa guru :)

Reviewed by :

Photobucket
Related Posts with Thumbnails

I'm a translator!

About Me

My photo
a lonely 'cat' on a mystical adventure... wanna join me? add my YM: tidus_x81

Make urself comfortable, okay (^_^)


ShoutMix chat widget

My Mailbox..

Tetamu Aktif (^_^)

My Fanclub (^_^)

IPv4 Statistics

Blog-GempaQ