YO! Entri ini aku tujukan khas kepada semua para blogwalkers..Terima kasih juga diucapkan pada zazachan the gransazer kerana mencadangkan topik ini tatkala aku ketandusan idea tempoh hari..
Walau apa jua niat dan tujuan anda, aku sememangnya amat menghargai setiap jejak langkah anda di sini. Pendek kata, kalau shoutbox atau comment box aku tu tak bergerak, maka sepinya ku rasakan huhu..
Kepada semua blogwalkers, sebagai tanda penghargaan, bunga di bawah khas untuk kamu semua, terimalah dengan seadanya :)
Apa blogwalking ni sebenarnya? Mengikut takrifan aku sendiri, ehem2....blogwalking ni ialah kita berjalan-jalan ke blog orang lain dan meninggalkan jejak di situ, tak kiralah kat shoutbox/cbox ataupun comment box. Kalau tak tinggal jejak, tak la dipanggil blogwalking, mungkin istilah lain, blogflying mungkin.. haha..
Memang banyak kelebihan blogwalking ni. Aku cuba senaraikan tanpa bantuan sesiapa (nak maintain ori la kononnya :Þ)
1) dapat eratkan silaturrahim antara kita bloggers
2) dapat tambah kenalan baru
3) dapat menambah pengetahuan atau meluaskan pandangan kita dengan membaca entri para bloggers
4) peluang untuk menaikkan trafik blog kita amatlah cerah dengan kunjungan balas oleh para bloggers :)
4) dapat meluahkan pendapat kita dengan memberi komen pada entri mereka
5) sekali jumpa kawan atau sedara mara yang dah lama tak jumpa, Jejak Kasih!!
6) dapat menegur kesilapan yang mungkin dilakukan oleh bloggers itu..tegur menegur kan amalan mulia huhu..
7) dapat bertukar-tukar pendapat antara kita sesama bloggers
8) mungkin dapat menceriakan bloggers yang sedang bersedih atau memendam perasaan
9) dapat berkongsi masalah, mana la tau dapat diselesaikan dengan hanya berblogwalking?
10) ada yang korang nak tambah lagi?
Dalam dunia ni, di mana ada kebaikan, di situ jugalah ada keburukan..So, apa keburukan blogwalking ni? OK, aku nak nyatakan jugak tapi aku selitkan nasihat supaya kita dapat menukar keburukan ini menjadi sesuatu yang positif..
1) buang masa - ini boleh dikatakan betul juga, jika korang tak pandai nak manage masa! korang kena pandai la cari masa yang sesuai. elakkan blogwalking waktu kerja, tapi ade juga orang boleh blogwalking sambil-sambil buat kerja, tu atas kemampuan korang la. Kalo rasa tak leh fokus pada kerja, lebih baik blogwalking di waktu rehat je..
2) terlepas cakap - hati-hatilah, jangan main tulis je, rahsia mau jaga, hati juga mau jaga beb..kita bloggers ade etika juga, kalo niat nak bergurau tak pe la, tapi jgn terlebih sudah dan melampaui batas agama serta pergaulan..
3) memendam rasa bila tidak dikunjungbalas - hey rileks geng! janganlah berasa begitu bila terjadi situasi sebegini, sabar je..kita tak leh paksa mereka..mereka akan lawat balik blog anda bila-bila masa mereka suka..think positif..hidup kita bukan untuk blog saja..so be cool geng (^_^)
4) kalo nak diikutkan banyak lagi nih, sampai pagi esok pon tak abih kot huhu..rasanya sampai sini je kot..aku pun ade aktiviti lain yg nak dibuat nih..
Akhir kata, aku harap tradisi blogwalking ni harus diteruskan sampai bila-bila untuk kesejahteraan bersama. OK, Adios!!
P/S: aku nak keluarkan peluh le petang ni, dah seminggu tak buat camtu, nanti naik plak berat badan, adess…
8 loyar baik..:
I can not except to agree with you :)
bkn da lama ke aku cgdkn??huhu..nmpk sgt br bka twitter..
hehe nice post..i like :)
kery, yeah u have to agree wif me buddy :)
zaza, dah lama bukak twitter cuma baru je tulis topik ni huhu..
lyssa, ur post is nice too :)
pendapat yang berguna..boleh diguna pakai...
hani, baguslah kalo ia berguna buat kamu, ambil yang jernih, buang yg keruh :)
ko bagi bunga tu dekat aku ker?
kalau dekat aku
aku nak amik
hehehe
hans, kan ade byk kuntum tu, ambikla mana yang berkenan huhu
Post a Comment