Andainya blog ini tidak wujud lagi…

Salam semua..sejak kebelakangan ini, aku sering terfikir untuk menghadkan aktiviti sosialku di alam maya ni. Ini termasuklah blogspot, facebook, twitter dan mungkin yahoo messenger..
twitter_logo1                                              Ada apa pada mereka ini? heheh..

So, pada pendapat korangla kan, jika..(ambil perhatian perkataan jika di situ!!) aku mengambil keputusan untuk menutup blog ni dan akaun-akaun laman sosial yang lain, adakah ini akan memberi kesan mendalam kepada korang terutamanya peminat setia leoparduslynx.blogspot.com ni? Penting sangat ke aku ni dalam kehidupan korang? hahaha!!

404-bored-panda-eat
                                                         CUTE kan PANDA 404 ni kan?

Kalau masih ada yang sayang, sila lah bagi pendapat korang..aku betul-betul nak tahu isi hati korang pasal blog nih..OK!! ;)  Any ideas or kutukan membina are welcomed ;) Thanks for your support so far :)

*****

Akhirnya..

YES!! akhirnya..berjaya gak aku mendapatkannya!!

dah berbulan-bulan aku bersabar, menempuh dugaan dan cabaran..

ape kebende ko merepek ni mat??
merepek?? kerepek ade lah, hahaha!!

YELAH..sebab korang nak tau sangat, aku bagitau la….

JENG JENG JENG…
nuff2
nampak tak pics terbaru aku tu? makin hensem kan?? kucing terhensem di alam semesta hehe....tapi bukan itu fokus kita pada kali ni..

dan sebenarnya..NUFF aku dah cecah RM50 siut!! for the 1st time!! dah lama aku tunggu (tak lama pun, baru 4 bulan).so bolehla cashout (^_^)..Kalau korang nak tau, blog ni muda lagi lebih kurang 4 bulan je..followers pon baru 81 orang je..ramai dah bagi aku..apa-apa pun aku nak ucapkan

“THANK YOU U ALL”

sebab sudi singgah dan menjenguk blogku yang hebat ni (kononnya)..sama ada secara rela, terpaksa, dipaksa atau paksarela hahaha!!:Þ

Jadi, sebagai penghargaan, sebahagian NUFF money ni akan disumbangkan kepada korang yang setia bersamaku ahaks ;) rasanya maybe  akan buat CONTEST lagik atau AWARD ke apa..tunggu kemunculannya!! COMING SOON!!

OK..tu je alkisahnya untuk kali ni..sekali lagi, terima kasih semua…(^_^)


P/S:  hadiah misteri untuk contest hari tu akan ku usha esok, try post dlm minggu ni gak..last week very busy, sorry guyz :)

*****

[SURVEY] WATAK SUPER HEROES KEGEMARAN KORANG..

SALAM semua.
Ini bolehla dikatakan entry ekspres..sorry guys, aku masih lagi ade keje utk diselesaikan. Kali ni aku nak buat simple survey je. Korang cuma bagitau ape watak super heroes yang korang suka. Tak kira aa animasi atau filem punya.
Banyak gak le yang aku suka, salah satunya ialah..

Detektif Conan..
detective-conan18
sebab dia hebat dalam menyelesaikan kes-kes penyiasatan..
kalo korang nak download citer ni eh gak, kat SINI.. tapi x complete la, dah lama aku tak update heheh..
OK tu je. Silalah bagitau ye. Jgn segan-segan :)
ADIOS!!

*****

Ada apa dengan LAPAN?

HI semua (^_^), agak busy aku semenjak dua menjak ni. Baru hari ni ade can nak update blogku yang tercinta nih, huhu..
OK, kali ni pasal no 8 (LAPAN). Ramai orang kata no 8 ni ada ‘ong’ punya!! Orang cina kata 8 ni untuk kemewahan atau masa depan yang cerah..Ada orang sanggup bayar beribu-ribu semata-mata kerana no 8..Begitulah betapa hebatnya no 8 nih..


Tapi kali ni bukan sebab aku nak cakap pasal no 8..ni semua gara-gara Cik Dahlia kita ni yang tag aku soklan nih:
1. Go to your photo files, select the 8th photo folder.
2. Select the 8th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story behind it.
4. Then challenge 8 blogging friend to do the same.

Haha, camne tu? Folder ke-8 aku tak ada gambar ke-8, ade 4 jek..so, tak yah jawab la kan?
(dah nampak muka kechiwa Cik Dahlia di situ..hahaha..)

Alalala janganla merajuk..OK untuk tidak menghampakan, aku buat sedikit pengubahsuaian dan akhirnya tercetuslah Gambar ke-8 dari Folder ke-8.
Ni dia..
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Cute tak budak ni? cam upin ipin la sket2..Ni la anak buahku yang paling bongsu skali stakat ni, heheh..kalo anak sendiri cute camni best gak huhu..

Apa yang ada di sebalik kecomelan ni? Perhatian kepada sesiapa saja yang bercermin mata!! AWAS!! Raksasa comel (^_^) ni bakal menghancurkan cermin mata anda!! hahaha..
Habis spekku yg terdahulu hancus disebabkan serangannya yang bertubi-tubi!!

Tapi Pak Usu tak marah pon..OK ape..boleh buat spek baru yg lebih smart gitu kan!!
polo-4033-sunglasses-500187
Smart kan spek nih ;)

Okeh, tu jer citernya. Skarang nak kena tag 8 lagi rakan bloggers ku..Sila jawab ya!! Anytime anywhere you can (^_^)

1.  Laydee_N - yang busy dgn kerja barunya. Kerja sungguh-sungguh ya! Jawab tag ni bila ur free k! :)
2.  Amirah Lampard - ‘kipas susah mati’ encik Lampard..apa la yg best sangat si Lampard tu..huhu..jangan lupa jawab tag ni okeyh?!
3.  Alyssa Villamor - bakal akauntan yang berjaya, Insya-Allah..I tagged u once again huhu..
4.  Starsyeaa - err bakal Ustazah yang comel dan baik?? tul ke tu? kalo salah tolong betulkan..
5.  Azrie - ah tak kira nak tag gak ko..kalo malas jwb, sila makan pil rajin, mintak dari doraemon, hahaha..
6.  Jijie - uit-uit, anda ditag skali lagi, jangan cuba larik, kalo tak aku kejar dengan kereta F1, huhu~
7.  Zaza - berdebar-debar sebab final examnya dah dekat. Good Luck to u (^_^) Ikut ko le nak jawab bila. pas abih exam pon takpe..jangan jawab soklan ni mase exam sudah hahaha..
8.  Naim - haha adikku yang menang topup hari tu, moh le jwb tag ni..tapi takde hadiah le kali ni huhu..


*****

Senarai Hadiah yang telah dituntut ^_^

Berikut adalah hadiah yang telah dituntut oleh pemenang-pemenang contest..Tahniah diucapkan!!

1) Celcom Topup RM10x3 - Starsyeaa

OLYMPUS DIGITAL CAMERA          

2) Maxis Topup RM20x1 - AnWaRnAiM

maxis--rm20

3) Maxis Topup RM10x1 - Khairi a.k.a Xarine

maxis rm10

P/S: Hadiah-hadiah misteri akan diposkan ke alamat masing-masing. Harap bersabar ya. Insya Allah akan dikirimkan dalam masa 2 minggu. (^_^)

Thanks all for your support. Do keep supporting me always (^_^)..

RESULTS CONTEST CUTI-CUTI MALAYSIA

Saat yang ditunggu-tunggu telah tiba!!! Terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi menyertai CONTEST CUTI-CUTI MALAYSIA. Akhirnya, dengan sukacitanya, aku nak umumkan resultsnya. Contest ni diadili oleh 3 orang juri iaitu MATT (aku le tu), DAHLIA & seorang lagi yang mahu identitinya dirahsiakan..Terima kasih juga kepada juri-juri :)
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN, pemenangnya adalah….
<BUNYI DRUM….>
contest copyNampak ke tak gambar di atas? OK takpe aku tulis semula.
PEMENANG PERTAMA: Starsyeaa
PEMENANG KEDUA: AnWaRnAiM
PEMENANG KETIGA: Khairi a.k.a Xarine
Tahniah kepada mereka!! Kepada mereka yang tidak menang, terima kasih sebab join, mungkin boleh cuba lain kali. Markah tak perlu diumumkan kot. Semuanya sengit-sengit belaka :)
Kepada para pemenang, sila emailkan NAMA, ALAMAT dan NO TELEFON kepada leopardus9999@gmail.com supaya kita boleh berbincang cara penghantaran hadiah-hadiah korang.
Hadiah-hadiah akan dihantarkan pada masa yang aku rasa sesuai. Mungkin cepat, mungkin lambat. Apa-apa pun, aku akan maklumkan korang info sebelum penghantaran dibuat.
OK, terima kasih sekali lagi..Sayang korang ^_^

*****

CONTEST LAGIK!! HADIAH LAGI GEMPAK!!

Salam kepada anda semua yang menyayangi Encik Matt Leopardus ni…^_^

Firstly, i would like to express my gratitude to all of you because supporting me all of this time. I am very touched by every visit u pay me here..(dah lama tak speaking siut ^_^) So, hari ni,aku nak umumkan kat korang berita gembira nih..contest datang lagik! tapi hadiah kali ni lebih besar. Apa yang besar tu? Sebuah kereta?? WOW!!

Tak de lah sebesar tu..laptop jer..ok per maa..tapi bukan aku nyer contest daa.. Encik Denaihati punya! Thanks kepada beliau sebab sudi mengsponsor contest yang paling gempak di alam bloggers nih, bertajuk “HIDUP UNTUK MEMBERI”. Contest ni aku dapat tahu daripada CIK DAHLIA, blogger yang klas gitu, ahaks! Laptop jenis ape yang encik nak bagi ni?? Acer Aspire One le, laptop yang kiut-miut gitu. Aku dah penah review laptop ni, sila baca SINI dan SINI..

Kat bawah ni gambar laptop tersebut sponsored by pakcik gogel:

 10-inch_acer_aspire_one-480x323

Apa yang korang perlu buat? Cuma tiga perkara sahaja iaitu:

1. Daftar untuk menjadi peserta dengan membuat entri bebas tentang contest dan tinggalkan komen penyertaan diruang komen, link penyertaan di CommentLuv dan jangan lupa masukkan ayat saya tahu contest Hidup Untuk Memberi dari blog : contoh saya tahu contest “Hidup Untuk Memberi” dari blog http://leoparduslynx.blogspot.com

2. Follow @ http://twitter.com/denaihati

3. Follow @ http://facebook.com/denaihati

Kepada BLOG yang rajin mempromosi contest “DENAIHATI” akan mendapat hadiah RM20 untuk setiap referral. Lebih banyak referral maka lebih gempak hadiahnya. Kalau 50 orang jadi referal, tak ke dah RM1000, lumayan beb!!

Tarikh Tutup

Pada jam 11.59 pm, 31/12/2010

Jom join sementara stok masih ada haha…bila lagi nak naikkan trafik blog korang kan? Satu lagi, dengan baik hatinya Encik Denaihati akan masukkan peserta contest ni dalam blogroll dia supaya dapat berkongsi status pagerank PR4 yang mantap tuh (aku PR2 je :|)

KLIK SINI UNTUK JOIN SEKARANG

*pastikan MATT LEOPARDUS sebagai referral anda ya!*

 

p/s: Result Contest Cuti-Cuti Malaysia akan diumumkan tidak lama lagi!!!

taggy..taggy..aku ditag lagi..

si taggy datang lagi, cik zazachan pulak kali ni bagi soklan exam final huhuh..
soklan kali ni tader hal la nak jawab, kacang jer nih..len kali korang jangan bagi aku soklan panas yang seperti INI!! takkan dilayan tau huhu..
zaza, sbg tukang tag, anda wajib baca atau 0 markah akan diberikan kpd anda, huhuh..



1. bila kali terakhir anda pergi bercuti dan kenapa/sebab anda pergi bercuti?
last time aku gi KL je 2 bln lepas, gi lowyat plaza beli brg komputer sket, pastu lepak rumah member aku Kery..ala yg tulis novel BBKS dgn Yuda tuh, takkan tak kenal kot..huhu..

2. berapakah umur anda? (jangan malu-malu nak announce) dan adakah anda rasa puas dengan pencapaian anda diusia anda sekarang ni?
28 tahun!! so what?? haha..puas??nope still x puas, still long way to go…….

3. (tak jawab pun takpe) saya tahu anda seorang yang gemar bergambar di depan kamera! jadi pergi ambik kamera anda dan snap gambar wallet/beg duit anda! jangan la malu nak cakap berapa harganya sebab kuantiti nilai dalamnya lebih berharga!
ok tak nak jawab huhu..

4. anda mungkin seorang blogger, bila waktu yang paling anda suka untuk update/ kemaskini blog anda dan kenapa anda pilih waktu itu?
suka ke, x suka ke, aku updatela bila ade internet, kalo x camne nak update huhu..

5. apakah yang berlegar-legar dalam fikiran anda sekarang?
test!test!final!final!
tapi bkn aku punye daa..cik zaza nyer final la..
good luck and study hard tau..hokus fokus!!! aku dah penah rase student life, mmg tensen and suspen huhuh..giliran ko lak hahaha..

6. tag 3 orang lain yang anda suka.
starsyeaa..mestila ko kena sbb ko penah tag aku dulu haha..
cik lula..jawab le, free2 je aku bg idea utk update blog hihi..
dik amirah..kacang je nih, sila jwb k!

*****

MY AWARD COLLECTIONZ

Hi, first of all, i apologize because I was very busy with my work schedule. I noticed that some of you gave me some awards. Thanks guys. I very appreciate it. So, now I have come to take em’ all..haha..

Al-Fatihah buat Din Beramboi..We Miss U..

Arwah_Din KUALA LUMPUR 2 April - Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi.
Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.
Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.
Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.
‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini.
Sumber: Utusan

Reviewed by :

Photobucket
Related Posts with Thumbnails

I'm a translator!

About Me

My photo
a lonely 'cat' on a mystical adventure... wanna join me? add my YM: tidus_x81

Make urself comfortable, okay (^_^)


ShoutMix chat widget

My Mailbox..

Tetamu Aktif (^_^)

My Fanclub (^_^)

IPv4 Statistics

Blog-GempaQ